Tuntutan Rodrigo Keatas Sabah – Musa Jangan Angkuh

image

Berhubung tuntutan calon Presiden Filipina, Rodrigo Duterte keatas negeri Sabah yang disambut angkuh oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Musa mendakwa Filipina tidak ada hak keatas bumi Sabah buktinya majoriti rakyat Sabah ingin kekal duduk di dalam Malaysia.

Jangan terlalu angkuh, fakta sejarah jelas menunjukkan bahwa Filipina mempunyai hak keatas Sabah dan secara ilmiahnya tidak ada pihak yang boleh menafikannya. Mahu tidak mahu negara Filipina mempunyai ruang dan peluang untuk menuntut Sabah walaupun peluang itu sebesar lubang jarum. Tuntutan berpotensi besar tatkala waktu itu negara atau negeri ini dipimpin oleh pentadbir yang tidak cerdik. Menyebabkan kedaulatan negara mudah diganggu gugat.

Harus juga Musa Aman beringat di Sabah ini ada seramai lebih kurang 1.7 juta pengundi yang berketurunan Filipina atau campuran Indonesia. Adakah Musa Aman begitu yakin yang kumpulan pengundi ini menyokong kepimpinannya.? Jangan! silap haribulan, mereka lebih rela diperintah oleh pembangkang atau saja kerajaan Filipina memandangkan BN Sabah yang banyak menyusahkan mereka. Siapa tahu, ini politik demokrasi hak ada di tangan rakyat. Apa pun boleh terjadi.

Kita sedar, matlamat calon Presiden Filipina berkenaan, tidak lain tidak bukan  bagi mendapatkan sokongan kemenangan. Kebetulan tuntutannya ada hubung kaitnya dengan taburan pengundi di negeri Sabah. Serba sedikit akan menggugat kekuatan BN yang angkuh menafikan tuntutan Filipina.

Polemik terbaru ini merupakan cabaran terbaru politik BN Sabah (Musa ). Cabaran undi selain undi KDM.

Musa Aman, begitu yakin yang masyarakat Sabah selesa dibawah pentadbirannya.?

Jangan  mudah mengguna pakai istilah masyarakat Sabah, pada admin ia terlalu subjektif. 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s