27hb Nasib Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz Ditentukan.

image

* Kalau menurut Tengku Adnan, 27hb ini mesyuarat MT akan dijalankan bagi mengetahui nasib Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz di dalam UMNO. Sama ada mereka dipecat atau apa dia.

* Ini kerana lembaga disiplin UMNO, tidak berani membuat keputusan sebab kes ini melibatkan pemimpin yang berprofil tinggi hakikatnya ahli lembaga disiplin menyedari isu yang dipersoalkan oleh tiga pemimpin berkenaan ada kebenarannya. Sebab itulah mereka tidak berani membuat keputusan sekaligus takut kehilangan pengundi yang menyebabkan UMNO akan ditalkinkan pada PRU yang akan datang.

* Kini isunya bukan lagi soal sistem yang kononnya telah dipatuhi oleh lembaga UMNO tapi yang menjadi persoalan ialah sikap pemimpin tertinggi UMNO dan majoriti ahli UMNO itu sendiri. Rupanya kebanyakan pemimpin UMNO cepat lupa diri tidak mengenang jasa dan menafikan kebebasan bersuara walaupun kritikan itu demi kebaikan parti. Begitu juga dengan ahli UMNO, rupanya ramai yang tidak berkualiti, sanggup bersekongkol sekaligus mengorbankan kebenaran demi keuntungan diri, sebab itulah kebanyakan dari mereka berpolitik playsafe. Mereka sedar UMNO adalah parti yang boleh dimanfaatkan, walaupun kemenangan BN bukan datang dari mereka. Hemmm

* Fungsi UMNO juga telah ditukar menjadi benteng bagi melindungi pesalah, malah menjadi kilang yang memproses ketololan.

* Pentadbiran UMNO hanya berfungsi bila bertujuan untuk mengenakan seseorang pada masa yang sama menguntungkan mereka.

* Yang admin percaya ialah andai tindakan memecat keahlian ini berjaya direalisasikan maka selepas itu akan ada jentera atau pemimpin UMNO yang bercakap soal bangsa dan agama yang wajib dipertahankan, bukan Melayu dipaksa menjadi Melayu, yang beragama Kristian dipaksa mempertahankan Islam. Segalanya dijual selepas dirosakkan dimana UMNO pada ketika itu ibarat telur di hujung tanduk.

* Itu yang admin cakap terutamanya orang Sabah tidak terkecuali marhaen Johor dan Kedah, ubahlah cara berfikir tu biar matang. Parti, kalau terlalu diagungkan nescaya kebenaran dan keadilan tidak akan boleh ditegakkan, sebab waktu itu parti telah dihuni oleh ramai individu individu bodoh yang tidak layak bercakap soal kemanusiaan dan politik itu sendiri. Selain untuk kepentingan diri mereka.

* Cuba kamu lihat kebelakang, apa yang terjadi pada majoriti masyarakat Sabah khususnya, masih ramai yang berada di takuk lama. Walaupun telah lama menjadi simpanan tetap kepada BN. Nah sebab masyarakat ini diketuai oleh pelakon politik UMNO handalan yang ada di semua peringkat, semakin tahun semakin ramai si tolol menjadi jentera UMNO. Kadang kadang mereka inilah yang membawa masalah besar kepada UMNO.

* UMNO, selain kepimpinan tertingginya, jentera tolol yang tidak bertanggungjawab juga telah merosakkan UMNO. Yang benar dipinggirkan yang batil dipertahankan hingga ada yang sanggup mati.

* kesimpulannya masih wajarkah UMNO dipertahankan. Apa bila Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir tidak lagi bersama UMNO memandangkan mereka juga menjadi faktor dimana UMNO menjadi pilihan pengundi atau yang telah bertanggungjawab memenangkan UMNO dimana mana PRU.?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s