Nazri Aziz Ada Berani – Raja Abdulaziz

image

image

Apalah cerita pasal Nazri Aziz tu, ada dia membuat penafian kah pasal pengakuan terbaru anak Raja Salman. Pasal derma 2.6 bilion.

Sebab waktu itu dia ada disebelah walaupun berusaha menarik balik pembesar suara selepas mendengar soalan wartawan berhubung derma 2.6 bilion.

Dari konteks perkembangan terbaru ini, Nazri Aziz adalah individu yang paling layak membuat kenyataan sama ada benar atau bohong dengan apa yang dikatakan oleh Raja Abdulaziz.

Bukannya individu individu diluar sana yang sibuk membodek, entah apa apa saja bentuk penafian yang mereka cuba canang. Walaupun selama ini tidak pernah terbukti benar atau betul. Alahai

Mohon pada Nazri Aziz agar membuat sidang media khusus bagi menafikan pengakuan Raja Abdulaziz.?

Raja Abdulaziz telah membuat pengakuan bahwa keluarga diraja Arab Saudi bukannya penderma 2.6 bilion seperti yang dicanang. Ini berdasarkan soalan yang jelas dari wartawan, wartawan bertanya pasal derma 2.6 bilion dengan mudah dijawab oleh Raja Abdulaziz mereka tidak ada kaitan, ia adalah masalah dalaman Malaysia.

Sebelum ini alasan kabur telah diberikan oleh kerajaan PM Najib Razak mengenai Kewujudan dana 2.6 bilion yang ia adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi. Sehinggalah Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir “mengakuinya” maka terloncatlah pro 1MDB sebagai tanda kemenangan. Tapi barang diingat Adel al-Jubeir bukan individu yang paling layak bercakap bab kerja berkebajikan keluarga diraja Arab Saudi. Tidak seperti Raja Abdulaziz anak kepada Raja Salman, Raja yang memerintah Tanah Arab. Adel al-Jubeir ni macam juga Menteri minyak Arab Saudi yang kena pecat tu, orang biasa yang diberikan tanggungjawab.

Pun begitu tidak boleh kita salahkan Adel al-Jubeir seratus peratus sebab jawapan yang beliau berikan tidak menjurus kepada dana 2.6 bilion. Apa yang kita dengar hanyalah manipulasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Supaya skandal 2.6 bilion dapat diterima oleh rakyat Malaysia.

Maka itu siapa tahu kenyataan terbaru Raja Abdulaziz adalah bertujuan untuk menarik balik kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir. Betul tidak.?

Hakikatnya keluarga diraja Arab Saudi telah menyahut seruan rakyat Malaysia. Sekarang terpulang pada Menteri Pelancongan Malaysia, Nazri Aziz bagi menafikannya.? šŸ˜‰

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s