Permohonan Tanah Dari Setiausaha Politik Musa Aman Ditentang Oleh Masyarakat.

Hari ini admin menerima beberapa kiriman masej melalui aplikasi Whatapps.

Dan yang paling menarik perhatian admin ialah berkenaan permohonan tanah dari tiga individu salah seorang dari mereka ialah Datuk Nizam Titingan, Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Permohonan tanahnya cukup luas mencecah 300 ribu ekar. Walaubagaimanapun ia mendapat tentangan dari masyarakat setempat, Kampung Layon, Nabawan Keningau. (seperti gambar yang disisipkan)

Walaupun permohonan ini melalui proses yang sah disisi undang undang tapi pada masa yang sama sensitiviti masyarakat setempat perlu juga dijaga, maklum masih ramai orang tempatan yang tidak memiliki tanah akibat kekangan  birokrasi yang sengaja ditimbulkan. Supaya nanti tanah itu menjadi milik “mereka”

Apa lagi dari konteks ini, si pemohon adalah individu yang cukup dikenali sebagai rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan terlibat dengan pentadbiran negeri lepas itu melibatkan tanah yang begitu luas. Sudahlah tentu ia menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat,  khususnya komuniti setempat. Dan kalau isu ini tidak ditangani dengan baik maka ia akan membawa kesan yang negatif pada BN Sabah.

Hakikatnya mana mana Bumiputera yang berkelayakan, mereka layak memiliki atau memohon tanah, tapi agak agak jugalah. Masih ramai lagi yang merempat diluar sana.

Pun begitu admin tidak pasti sejauh mana kesahihan dakwaan ini. Siapa tahu ia hanyalah permainan politik kotor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi tujuan memburukkan kepimpinan Datuk Nizam Titingan dan Ketua Menteri Sabah. Mohon pencerahan. Apa ini benar atau apa dia.?

image
Permohonan Tanah
image
Bantahan dari komuniti
Advertisements

One thought on “Permohonan Tanah Dari Setiausaha Politik Musa Aman Ditentang Oleh Masyarakat.

  1. Sokong tuan….sedangkan sekarang pun tanah dkt kws papar kg. Sinar baru, kimanis masih lagi tergantung tanpa tali walaupun penduduk tempatan telah memohon untuk dijadikan rizab kampung, sehingga kini sdh lbh 20 tahun menunggu kelulusan, ada disebabkan projek NEW TOWN KIMANIS menjadikan individu tertentu pura-pura bita untuk meluluskan demi mengisi perut.mereka sendiri.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s