Mana Ganti Bangunan Sekolah Yang Terbakar – Semporna & Kota Belud

image
SR Kebangsaan Pulau Salakan
image
Sekolah Agama Negeri Kg Kota Peladok

Kali ini admin bercakap bab tanggungjawab kerajaan yakni Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi KKLW keatas Sekolah Sekolah yang terlibat dengan kebakaran.

Sepanjang tahun 2015 ada dua kebakaran yang berada dalam pengetahuan admin  iaitu di Sekolah Rendah Pulau Salakan (termasuklah bangunan Tabika Kemas) Semporna dan Sekolah Agama Negeri Kg Kota Peladok, Kota Belud Sabah.

image

image

Sedihnya sehingga hari ini belum ada tanda tanda bangunan Sekolah berkenaan akan diganti. Bererti sepanjang tempoh itu murid Sekolah dan Budak Tadika yang terbabit menumpang kelas. Sampai bila lah mereka menumpang tu, bagaimana pula dengan keselesaan mereka.?

Perlu diingatkan setahun sudah berlalu tapi tidak ada tanda bangunan ganti akan dibina. Hemmm

Sedangkan kalau kita dengar janji BN atau Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Mahadzir Khalid semasa berkempen di pilihanraya DUN 11 Sarawak yang berlangsung baru baru ini, bukan main lagi. Sebanyak 41 buah Sekolah daif diseluruh negeri Sarawak akan dibaiki. Terkecuali Sabah kah.?

Admin sebagai masyarakat politik amat berharap agar pemerintah atau agensi yang dipertanggungjawabkan dapat menyelesaikan persoalan ini dengan kadar yang segera. Slogan rakyat didahulukan mesti ditepati, jangan cakap tidak serupa bikin.

Jangan saja sibuk berpolitik atau berbelanja tidak tentu pasal sedangkan keperluan rakyat ikut terabai.

Jangan juga tunggu pilihanraya yang ke 14, sebagai gula gula politik. Ini soal kehidupan rakyat yang perlu diurus sepanjang masa dan sudah menjadi tanggungjawab parti pemerintah selagi tempoh pemerintahan belum berakhir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s