UMNO Yang Kufur Nikmat.

image

Walaupun mungkin akaun Facebook ini bukan milik Tan Sri Rais Yatim tapi apa yang dicatatkanya memang benar, sangat benar.

Selain apa yang ditegaskan oleh “Rais Yatim” seperti diatas. Jangan UMNO buat buat lupa atau sengaja memandang rendah fungsi Yang Dipertuan Agong.

Termaktub dalam perlembagaan bahwa Yang Dipertuan Agong bertanggungjawab keatas Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata. Ertinya selepas keistimewaan kawalan keselamatan diberikan pada bekas Perdana Menteri, selepas ini disebut sebagai undang undang keselamatan, maka hanya Agong yang boleh menarik balik keistimewaan atau undang-undang tersebut. Bukannya parti politik aka UMNO, bayangkan kalau UMNO bukan lagi parti yang memerintah, apa yang berlaku. Hampir semua kebaikan atau keistimewaan boleh dinafikan begitu saja tanpa perlu merujuk pada Yang Dipertuan Agong yang menjadi asas kepada perlembagaan. Nah, kucar kacir, negara ini boleh binasa.

Sebelum ini pentadbiran PM Najib Razak ada mengeluarkan arahan malah telah dilaksanakan bahwa eskot (kawalan keselamatan) dari pihak polis keatas Dr M akan ditarik balik. Selepas Dr M tidak lagi sehaluan dengan Presiden UMNO. Sedihnya tindakan yang tidak wajar ini mendapat sokongan penuh dari  pemimpin samseng kampung, Nazri Aziz.

Jangan pemimpin rasmi UMNO bersikap angkuh, tanpa jasa pemimpin terdahulu tidak UMNO berada ditahap yang ada sekarang. Terutamanya dari hasil kepimpinan Dr M yang telah memperkasakan UMNO dan memajukan negara. Menyebabkan UMNO totally dinilai sebagai parti yang telah  berjasa kepada ramai rakyat dan negara. Berbanding PM Najib Razak yang baru sepenggal menjawat jawatan Perdana Menteri, belum ada yang boleh dibanggakan sekaligus mampu memperkukuhkan UMNO.

Sama seperti pemimpin utama UMNO yang lain  Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir. Mereka juga telah menabur banyak jasa kepada UMNO dan negara. Jadi hargai dan jaga keselamatan mereka dari sebarang kemungkinan yang tidak diingini, memandangkan sebelum ini mereka terlibat dengan penggubalan dasar dan kemenangan BN pada masa yang sama sudah tentu telah mengecewakan beberapa pihak. Barang diingat mereka bukannya pengkhianat tapi pemimpin yang memperjuangkan parti dan negara bangsa. Melebihi kepentingan diri mereka.

Kalau sikap yang jelek ini berjaya dipupuk sekaligus menjadi budaya pentadbiran UMNO tidak semena mena semua ahli UMNO termasuk yang budiman  tergolong dalam golongan orang orang yang kufur nikmat. Semakin lah UMNO dijauhi dan dipandang hina.

Dalam diam seolah olah UMNO cuba ditukar kepada agama. Paling tidak, pemimpin/Menteri UMNO ingin dipatuhi seperti Tuhan tanpa mereka sedari. Hanya kerana ingin mempertahankan kekuasaan walaupun dengan cara yang bertentangan dengan sistem demokrasi, perlembagaan malah agama sekalipun.

Oleh sebab itulah anda sebagai rakyat Malaysia harus bangkit mempersoal politik UMNO yang tergelincir dari landasan perjuangan. Kerana anda memiliki prinsip  kebenaran dan keberanian yang wajib diketengahkan untuk kebaikan bersama. Ini kerana UMNO adalah wadah yang anda telah berikan mandat bermakna anda totally berhak ke atas UMNO.

Tidak ada kebijaksanaan tanpa keberanian dalam erti kata yang sebenarnya.!!!

UMNO yang ada sekarang adalah parti yang Kufur nikmat. Adakah dengan itu kepimpinan UMNO atau para Menteri memperjuangkan parti atau sebenarnya pengkhianat kepada parti dan negara.?👎 👎 👎

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s