Antara Faktor Utama, Kenapa Sultan Mizan Zainal Abidin Murka Pada MB Terengganu.

image
MB Terengganu

Sultan Terengganu telah murka, hilang kepercayaan pada Menteri Besar Ahmad Razif sekaligus pentadbiran Putrajaya yang diketuai oleh PM Najib Razak.

Sepatutnya sebahagian dari hasil pembangunan tanah yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, seperti yang dipersetujui bersama Menteri Besar Ahmad Razif, disalurkan pada Yayasan yang dinaungi oleh Sultan Terengganu. Tapi selang setahun Yayasan masih belum menerima dana yang dijanjikan. Kebenaran ini berada dalam pengetahuan baginda Sultan apabila pihak Yayasan datang menghadap Sultan bagi mengadu perihal dana Yayasan yang semakin berkurangan.

Menyebabkan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin naik murka dan tidak teragak agak menarik balik darjah kebesaran yang telah dianugerahkan pada MB Ahmad Razif dan bertegas akan menukar MB Ahmad Razif.

Isunya sekarang dimana dana itu berada :-

Telah digunakan untuk menutup hutang hutang 1MDB kah.?

Telah menjadi milik peribadi dan telah disimpan diluar negara kah.?

Atau apa dia, mohon pencerahan.?

Advertisements

3 thoughts on “Antara Faktor Utama, Kenapa Sultan Mizan Zainal Abidin Murka Pada MB Terengganu.

  1. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,.. kesedaran sultan harus bijak ,.. isu agama tidak dipertahankan,.. sultan ketua agama agong ketua agama,.. yyasan hanya pencapaian segelintir kecil sumbangan yg tidak harus diperbesarkan,.. raja adil raja disembah,.. raja bijak menjadi contoh perjuangan kepimpinan rakyat bangsa melayu islam Malaysia,..

    Like

  2. Siape ko shahrizal nak perkecilkan pasal dana yayasan.kami ank negeri sudah bosan dgn sikap federal duk sedut hasil negeri trg.minyak n gas kami duk amik.ni duit yayasan nk rembat lagi.duit yayasan tu nak tolong org miskin kt trg.kami ank trg hasil minyak xde merase sebab hantu duk amik.ade otak skit.biar mb ade pendirian jati diri nak bela org trg skit.

    Liked by 1 person

  3. Daulat Tuanku….!!!
    Sebagaimana yang saya kenali dan ketahui, DYMM Sultan Mizan adalah seorang yang ‘low profile’ semenjak zaman persekolahan lagi.. Tidak mudah marah, mudah bergaul dan kasih kepada rakyat. Tidak pernah saya lihat atau dengar DYMM murka.
    Sesungguhnya, kemurkaan DYMM tentu ada sebabnya. Dan sebab itu memang benar-benar terlalu mencabar kewibawaan Kebawah Duli sehingga DYMM terpaksa mengambil tindakan seperti ini.
    Perlu kita ingat. Sultan bukan hanya seoeang ketua agama. Bukan anak patung. Sultan adalah Raja negeri. Tanpa Sultan dan majlis raja-raja, tidak wujud Malaysia. Tiada wujud perlembagaan negara. Menteri dan pemimpin tak ada daulat. Yang berdaulat adalah SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU. Maka barulah ada kedaulatan negara.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s