Minta, Agar Musa Aman Memandang Tinggi Pesta Reggata Lepa.

image

Kalau sudah maklum pesta Reggata Lepa mampu membawa impak besar pada ekonomi Sabah khususnya, umumnya Malaysia.

Lain kali berilah sumbangan yang berpatutan supaya Reggata Lepa lebih meriah, selama ini kerajaan negeri Sabah menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar hanya menyumbang sebanyak RM 75 ribu dari perbelanjaan keseluruhan yang memerlukan kos sebanyak RM3 juta yang ditanggung oleh Datuk Seri Shafie Apdal bagi menjayakan pesta Regata Lepa yang dianjurkan setiap tahun.

Untuk makluman, pesta Regata Lepa sudah berusia 23 tahun dan telah berjaya mengundang berjuta pelancong dari luar dan dalam ke Semporna, Malaysia semata-mata untuk menyaksikan pesta ini.

Moralnya selain peruntukan tambahan dari kerajaan negeri Sabah yang wajar ditambah. Sikap pemimpin atau Menteri Menteri negeri Sabah juga perlu berubah atau berjiwa besar. Jangan teks saja kata bangga tapi hakikatnya tidak serupa bikin.

Lain kali hantar Timbalan Ketua Menteri, Joseph Pairin Kitingan atau mana mana Menteri penuh kerajaan Sabah bagi memeriahkan pesta Regata Lepa. Kalau Ketua Menteri, Musa Aman sendiri tidak sanggup hadir.

Menghairankan kalau pesta atau perayaan itu selain Regata Lepa yang diadakan di negeri Sabah, pasti Ketua Menteri atau mana mana Menteri penuh Sabah akan datang sebagai wakil kerajaan negeri tapi tidak pada pesta Regata Lepa, kenapa.?

Sebelum ini menerusi teks ucapan Ketua Menteri Sabah yang dibacakan oleh Yb DUN Bugaya di Majlis Pelancaran serta Acara Akhir Sukan Laut dan Perarakan Lepa Ke-23, Ketua Menteri Sabah, merasa bangga dengan pencapaian pesta Regata Lepa termasuklah dari konteks ekonomi. Tapi cukup setakat itu, sepatutnya pandang tinggi dalam erti kata yang sebenarnya memandangkan Reggata Lepa adalah pesta keramaian untuk bangsa Bajau atau suku Bajau Suluk. Hemmm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s