Amaran Orang Sabah Selepas Aktiviti “Pelacuran” Ali Rustam

image

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam berkata kumpulan penentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi layak untuk mewakili Umno dan BN kerana mengkhianati perjuangan parti dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap presiden mereka.

Justeru, katanya pemimpin berkenaan tidak wajar dibenarkan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang di bawah tiket BN.

Sama seperti kelakuan Salleh Said, Hassan Malek, Nur Jazlan dan ramai lagi, sebelum mereka dianugerahkan pangkat Menteri dan Duta. Kini Ali Rustam mengambil giliran sebelum layak dianugerahkan pangkat.

Kalau menurut Ali Rustam PM Najib Razak telah difitnah oleh Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz. Tapi adakah fitnah yang dimaksudkan ialah penyelewengan di dalam 1MDB. Sedangkan seantaro dunia sedang bercakap mengenainya, 1MDB adalah rasuah terbesar abad ini. Apa kata WSJ dan kenapa tidak heret ke Mahkamah antarabangsa.?

Syor mengarut Ali Rustam itu telah menambah kebencian masyarakat terhadap UMNO. Ironinya ia didalangi oleh seorang perempuan terkuat di Malaysia. (Sebagai prasyarat)

Berbalik pada Ali Rustam yang sedang melacurkan dirinya. Ketika dia tewas di PRU13 yang lepas dia duduk sebagai Ketua Menteri Melaka. Menunjukkan politik Ali Rustam telah berakhir, wajar diharamkan dari politik UMNO, apa lagi bercakap soal masa depan UMNO. Sebab secara logiknya dia telah ditolak oleh kaum kerabatnya. Jadi tak kan pula orang luar yang terhegeh hegeh mengakui kemampuannya. Hemmm

Tapi andai gesaan Ali Rustam ini mendapat persetujuan dari Presiden UMNO. Maka suka admin ingatkan akan ramai ahli UMNO yang keluar parti khususnya di pantai timur Sabah, termasuklah ahli UMNO di Bahagian Libaran, Batu Sapi dan Kinabatangan. Ahli UMNO Semporna jangan ceritalah, pastinya ribut.

image

image

Kesannya pada PRU yang akan datang UMNO/BN akan kehilangan banyak kerusi utama di negeri Sabah khususnya Semporna dan beberapa lagi kawasan yang sedia panas berdasarkan kemenangan calon BN dibawah paras dua ribu undi. Menyebabkan akan ramai Menteri Menteri UMNO yang di heret ke muka pengadilan.

Jangan buat bodoh atau kekal menilai orang Sabah bodoh politik. Orang Sabah telah melalui bermacam macam permainan politik bermula dari era USNO hinggalah ke era PBS dan Sabahan amat mengetahui siapa dalang disebaliknya. Terkini yang cuba dihancurkan ialah Naib Presiden UMNO Malaysia yang berasal dari negeri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Politik Lajim Ukim tidaklah sehebat Shafie Apdal tapi mampu menggugat kekuatan BN Sabah. Menyebabkan BN kehilangan beberapa kerusi, termasuklah kerusi di daerah Abdul Rahman Dahlan dan Salleh Said. Jadi.?

Kini majoriti kaum KDM adalah pengundi yang menolak total parti BN/UMNO. Jadi jangan tambah bilangan atau kekuatan mereka dengan kehadiran Bajau Suluk yang ada di seluruh negara.

Admin tahu strategi yang akan dipasang oleh UMNO bagi menawan balik beberapa “kerusi” di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, antaranya didatangkan undi dari Bajau Suluk. Maksudnya Bajau Suluk mempengaruhi kemenangan parti yang bertanding.

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s