PM Najib Razak Jangan Batalkan Writ Saman Dr M.

image

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan saman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi terhadapnya atas alasan tiada elemen perbuatan salah laku seperti yang didakwa ketiga-tiga plaintif.

Peguam Wan Azmir Wan Majid, mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa saman difailkan Tun Dr Mahathir, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Anggota Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin selaku plaintif itu bersifat remeh dan menyusahkan mahkamah.

Pada 23 Mac lepas, Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Bern

Sepatutnya kan PM Najib Razak tidak bertindak membatalkan writ saman Dr M, Khairuddin dan Anina.

Kerna inilah masa dan ketikanya bagi Najib Razak dan pihak 1MDB membetulkan atau menjelaskan kedudukan sebenar kewangan 1MDB, memandangkan sistem kehakiman negara ini sedang  mendapat kepercayaan daripada rakyat Malaysia. Sekurang kurangnya dengan itu dapat menutup kritikan sebelum ini dimana WSJ sering dikaitkan dengan kejantanan PM Najib Razak.

Admin pun tidak fahamlah apa  lagi cara  terbaik untuk bangkit dari tohmahan salahguna kuasa yang berpotensi besar menghancurkan UMNO sekaligus membersihkan nama PM Najib Razak. Laporan PAC, kenyataan AG Apandi dan Kabinet Menteri, semuanya di tong sampahkan tidak sikit mengubah persepsi masyarakat. Jadi.?

Kalau pun benar Writ saman itu  ada unsur fitnah dan kesalahan malah hanya menyusahkan Mahkamah. Sebaliknya layan writ berkenaan. Dedahkan apa apa bukti  yang sebelum ini disembunyikan demi menjaga nama baik si pemberi “derma” 2.6 bilion.? Tapi bukan kah, Adel al-Jubeir telah membersihkan nama PM Najib Razak. Hemmm

Rungkai kekusutan ini dengan undang undang sekaligus hormatilah perlembagaan atas nama kebenaran. Kalau sebelum ini sering penentang PM Najib Razak difitnah sebagai tidak mengikut saluran parti dan sistem demokrasi dalam membetulkan politik UMNO, nah sekarang telah di patuhi. Tunggu apa lagi.?

Ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal, tapi bantal dibuang. Masuk akal lah.? Kecuali anda dari spesis yang tidak bertamadun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s