Pendapat Prof Ramlah Adam Tidak Realistik (Mengarut) – Kumpulan Muhyiddin

image

Dangkalnya bila ahli akademik mencampuri urusan politik lepas itu hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Sikap sedemikian tidak akan membawa kebaikan pada masyarakat, malah membuka ruang pada pemain politik yang tidak bertanggungjawab untuk terus memanipulasi akal fikir masyarakat, khususnya masyarakat marhaen.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr. Ramlah Adam kata,
“Saya rasa Muhyiddin dan (kumpulan penentang Najib) tidak mampu dan akan gagal untuk jatuhkan Najib. Muhyiddin sekarang sudah tidak ada pengikut, maksud saya orang UMNO yang setia dengan dia pun takut untuk menunjukkan diri bersama Muhyiddin,” katanya kepada FMT.

Hello prof, jangan hanya menjurus pada gerakan menjatuhkan PM Najib Razak semata-mata. Tapi lihatlah  hakikat kebenaran disebalik pergolakan. Pergolakan terjadi apabila masyarakat mula menyedari akan masa depan negara yang semakin terancam. Akibat dari salah tadbir yang salah melalui 1MDB, terutamanya.

Sikap segelintir ahli UMNO itu sendiri tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada utuhnya sokongan yang diterima oleh mana mana pemimpin UMNO atau UMNO itu sendiri berdasarkan kehadiran mereka semata-mata.

Segelintir Ahli UMNO kurang atau tidak memiliki kesedaran moral politik yang tinggi, mereka tenggelam dek harapan yang menggunung walaupun secara prinsipnya mereka tidak ada kebolehan untuk melayakkannya. Pokoknya perkara yang diyakini benar atau salah satu satu isu, tidak datang dari akal fikir mereka tapi propaganda yang berjaya didoktrinkan. Jadi pendapat mereka tidak diambil  kira oleh masyarakat luar.

Kesimpulannya mereka umpama lalang, condong mengikut tiupan angin, bila bila masa boleh berubah. Berbanding masyarakat atau pengundi di luar sana, mereka lebih arif di dalam menilai kebenaran satu satu isu.

Jadi benarlah pengundi atas pagarlah yang menjadi penentu kepada kemenangan parti yang bertanding, sebab itulah undi popular milik pembangkang.

Apa lagi sejak kebelakangan ini, pentadbiran UMNO menggunakan pendekatan kuku besi bagi mengawal atau menakutkan ahli UMNO supaya tidak hadir dimana mana perhimpunan dan ceramah politik yang mempersoal kekurangan PM Najib Razak. Kalau arahan tidak dipatuhi maka tindakan disiplin akan dikenakan.

Jadi jangan hairan kalau tidak ada ahli UMNO yang berani menunjukkan sokongan secara terbuka pada kumpulan Muhyiddin (Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz). Tapi itu tidak bermakna ahli UMNO  seramai 3 juta telah menyokong penuh kepimpinan PM Najib Razak.

UMNO pada ketika ini tidak hanya terpalit gara gara 1MDB tapi lebih daripada itu, iaitu soal kehidupan yang semakin menghimpit. Angkara GST dan perlaksanaannya yang tidak cekap. Dan beberapa lagi kesusahan yang datang dari himpitan birokrasi yang semakin memburuk. Membuat sama ada ahli UMNO atau masyarakat biasa menjauhi UMNO, ertinya boleh saja separuh dari tiga juta ahli UMNO telah meninggalkan  UMNO atau telah menolak pemimpin tertentu UMNO.

Kalau Prof Ramlah Adam ada keberanian, tolong suarakan pada setiausaha agung UMNO supaya jangan mengambil tindakan disiplin terhadap mana mana ahli UMNO yang hadir di ceramah politik atau perhimpunan yang menolak Presiden UMNO.? Lepas itu lihat apa yang berlaku. Nah, barulah Prof Ramlah boleh membuat kesimpulan yang berasas.

Banyak isu yang melibatkan ahli politik atau pemimpin negara membuat mereka lebih hina dari remaja belia yang mereka anggap hina. Begitulah gambaran UMNO pada mata masyarakat.

Sebelum ini Profesor Ramlah Adam pernah membuat kenyataan yang cukup memalukan sebagai ahli akademik. Katanya,
tidak ada akta atau hukuman yang boleh dikenakan terhadap penerima derma. Dia merujuk pada dana 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak.

Dan yang terbaru, Prof Ramlah Adam mendakwa Muhyiddin dan Shafie kononnya memasang memerangkap……..

Nampaknya pro 1MDB semakin terdesak terpaksa memperalatkan ahli akademik.?

Dua persoalan diatas akan kita ulas dimasa masa yang akan datang (bersambung)……….

Advertisements

One thought on “Pendapat Prof Ramlah Adam Tidak Realistik (Mengarut) – Kumpulan Muhyiddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s