Jabatan Islam Malaysia Wajib Malu Pada Dr Zakir

image

Sejak Dr Zakir Naik hadir di bumi Malaysia pelbagai polemik keagamaan yang kita dengar. Masing-masing mempertahankan kenyataan mereka, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan Dr Zakir Naik. Ok lah tu.

Yang menghairankan, tidak sikit pun Jabatan Agama Islam atau pemimpin tertinggi negara ini yang mengambil iktibar dari ketokohan Dr Zakir Naik. Hanya mampu menumpang populariti Dr Zakir Naik terutamanya bila ada pihak yang mempersoalkan kehadirannya, isunya kecil tapi diperbesarkan sedangkan itu bukan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dari konteks kelangsungan Islam.

Dr Zakir Naik berjaya mengislamkan empat individu selama beliau dipanggil berceramah di Malaysia. Kenapa ulama ulama kita tidak mampu melakukannya. Kalau benar apa yang dikatakan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Nazri Aziz tidak perlu import ulama luar sebab kita sudah ada ulama. Tapi tidak berfungsi.?

Mungkin kah ulama ulama Malaysia tidak mendapat kepercayaan, tidak memiliki nur hikmah. Terlebih lagak macam bangsawan, membuat orang takut mendekati mereka. Begitu juga dengan jabatan agama Islam semacam kurang berfungsi selain mengurus nikah dan cerai. Tidak memanfaatkan kelengkapan dan kuasa yang ada di dalam menyebarkan Islam dan mendaulatkan syariat Islam, sepatutnya jabatan ini mampu mendidik orang muda untuk mendekati Islam dengan membuat pemantauan secara berhemah. Ini tidak tampak jelas betul betul makan gaji, otak kampung.

Di Sabah seperti contoh, kalau bukan pendakwa bebas yang menyelusiri hutan menuju ke perkampungan yang jauh di pedalaman, tidak bertambah bilangan umat Islam, selain Islam keturunan.

Malaysia negara Islam tapi apa sudah jadi, kerna itulah agama jangan dibawa berpolitik, berniaga dan bersukan golf. (ini orang Malaysia lain sikit, kurang kefahaman tapi macam faham sangat sangat, hakikatnya semangat saja yang lebih terutamanya bila terkena batang hidung sendiri, tidak andai terkena pada orang lain, malah mereka persetankan. Pijak memijak dan macam macam lagi)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s