Debat Rahman Dahlan Vs Guan Eng, Siapa Menang.?

image

Perdebatan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan perlu dibatalkan, Salleh Said.

Perdebatan berkisar soal dakwaan bahawa kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik.

Alasannya takut perdebatan itu nanti akan mengganggu siasatan. Sedangkan debat dan siasatan adalah dua hal yang berbeza. Keputusan selepas siasatan akan tetap dikeluarkan, sama ada rakyat percaya atau tidak. Begitu juga halnya dengan debat, yang membuat keputusan sama ada percaya atau tidak selepas mendengar hujah pendebat ialah rakyat.

Melontarkan alasan seperti itu, kalau sebelum ini sudah biasa berdebat yang disaksikan oleh ramai rakyat Malaysia. Hemmm

Akui saja, takut berdebat, takut berhadapan dengan kebenaran. Apa lagi debat bukan merupakan tradisi politik di Malaysia. Macam saja orang tidak tahu. Sebab itulah tidak lama lagi negara ini akan di warisi oleh pemimpin pemimpin yang bisu. Negara yang tidak ada mulut dan telinga.

Sebelum ini yang bersetuju untuk berdebat ialah diri mereka, Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng keduanya ahli politik dan berjawatan Menteri. Tak kan keputusan untuk berdebat pun ditentukan oleh orang lain. Politik apa ni. Alahai

Mengikut berita semasa, Lim Guan Eng masih berkobar kobar untuk meneruskan debat dengan Abdul Rahman Dahlan. Itu menunjukkan secara moralnya DAP telah memenangi debat, UMNO kalah teruk, kalah sebelum berperang. Sekaligus telah terlebih dahulu mendahului hasil  siasatan. Ambil kamu, selepas ini kamu orang tergolek golek pun, susah lagi orang mahu percaya.

Lain kali jangan ajak berdebat, kalau juga flip flop.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s