Pengakuan Adel al-Jubeir Meragukan – Derma

image

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Abu Dhabi telah menyahut cabaran rakyat Malaysia. Tapi yang ini agak luar biasa, Menteri Luar, Riyadh telah menyahut cabaran Menteri Malaysia. 😉

Bergema di sini sana kenyataan singkat dan tidak jelas dari Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir berhubung derma yang “terjawab”.

Adel al-Jubeir mengakui derma berada dalam pengetahuannya  berdasarkan soalan wartawan. Tapi kita tidak pasti derma yang mana satu. Sebab soalan wartawan Malaysia itu, tidak spesifik tidak pun menyebut angka 2.6 bilion untuk merujuk pada derma yang menghantui Perdana Menteri Malaysia. Soalannya terlalu umum, cuma bertanyakan pendapat berkenaan derma. Seolah olah Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir sengaja dikelirukan. “Kebetulan” pada masa itu ada Menteri Malaysia yang berada di sisinya. Boleh saja sebelum sesi temuramah itu telah ada rayuan atau perbincangan khas bagi menyelamatkan PM Najib Razak, siapa yang tahu.???

Dibawah ini petikan kenyataan dari Adel al-Jubeir yang dilaporkan oleh Berita Harian,

Berita Harian. Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang daripada negara itu.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Isunya, ada Adel al-Jubeir menyebut angka 2.6 bilion yang beliau fahami sebagai derma.?

(Berita Harian lebih baik berbanding berita Utusan, angka 2.6 dijadikan mukadimah) alahai

Kalau benar dana 2.6 bilion tulen dari Arab Saudi sewajarnya pengakuan seperti ini telah lama kita dengar sejak dari awal skandal 1MDB aka 2.6 bilion jangan sampai mengorbankan nasib beberapa Menteri. Tapi tidak mengapa, anggap saja pengakuan itu ada kebenarannya yang menjurus kepada dana 2.6 bilion dan tidak ada unsur yang berkepentingan diantara dua negara atau pemimpin.

Walaupun sebelum ini Kementerian Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir telah membuat jaminan yang mereka tidak akan mencampuri skandal dana 2.6 bilion sebab mereka sedar dan tahu dana 2.6 bilion bukannya semata-mata derma tapi merupakan pelaburan langsung kepada Perdana Menteri dari seorang warganegaranya. Klik link dibawah,

Fund Deposit

Dana 2.6 Bilion Arab Saudi Lepas Tangan

Tapi yang memelikkan selang beberapa hari selepas Syarikat Aabar Investments PJS membuat pengakuan yang mereka tidak menerima sebarang bayaran atau baki 2.6 bilion dari Malaysia. Tetiba muncul kenyataan yang bercanggah. Menjadi tanda tanya, menambah kekeliruan ramai rakyat Malaysia. Kenapa sekarang, tidak dari dulu.?

Nah sekarang, secara tidak langsung pihak Arab Saudi, Adel al-Jubeir telah bersuara bagi membuktikan yang WSJ telah membuat onar fitnah. Oleh itu mari kita rakyat Malaysia mendesak PM Najib Razak merangkap Pengerusi 1MDB yang juga penerima dana 2.6 bilion supaya tampil mengambil tindakan perundangan terhadap WSJ.?

Jangan pula tidak kisah. Ini adalah soal maruah seorang Presiden parti yang tercalar teruk, apa lagi PRU yang ke 14 tinggal berbaki satu atau dua tahun.

Mungkin ada yang pernah mendengar khabar berita, kerja amal yang dilakukan oleh keluarga diraja Arab Saudi di dalam usaha mereka memartabatkan Islam di negara negara islam atau jiran, Indonesia.

Raja Salman pemimpin kerajaan Arab Saudi melalui Yayasan Makkah Al-Mukaramah telah membina sebanyak 850 buah masjid di seluruh negara Indonesia dalam tempoh 12 tahun.

Dalam tempoh 12 tahun, hanya 850 buah Masjid yang berjaya dibina. Menunjukkan walaupun keluarga diraja Arab Saudi adalah Raja yang kaya dan dermawan tapi mustahil mereka sanggup menghulurkan derma tunai yang begitu banyak mencecah RM 2.6 bilion pada negara yang cukup kaya dengan alasan untuk membantu memenangi pilihan raya serta memartabatkan Islam yang mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Masuk akal. ?

Sedangkan Islam di Malaysia tidak berhadapan dengan sebarang ancaman yang serius, Malaysia juga bukan sebuah negara yang miskin seperti Sudan terpaksa meminta bantuan derma dari kerajaan Arab Saudi. Malah keselamatan Malaysia cukup terjamin dari ancaman IS.

Kerna itulah suka admin ingatkan untuk yang sekalian kalinya, dipersilakan PM Najib Razak mengheret WSJ ke Mahkamah antarabangsa. Tidak ada lagi halangan ditakuti, Adel al-Jubeir boleh dijadikan saksi.

Kita tunggu dan lihat, apa yang berlaku selepas ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s