“Pahlawan UMNO” Dihalau Dari Bumi Kenyalang

image

Lelaki UMNO terakhir, Jamal Yunos berjawatan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, yang juga penyokong kuat PM Najib Razak telah dihalau dari bumi Sarawak, kubo kuat BN.

Akibatnya Jamal Yunos naik marah apa lagi sebelum ini dia telah menabalkan dirinya sebagai “Pahlawan” Baju Merah. Pahlawan yang bersenjatakan Pakcik dan Makcik untuk kepentingan peribadinya, berselindung sebalik UMNO dan Melayu. Walhal tidak sikit pun politiknya menguntungkan UMNO, mengganggu ketenteraman awam serta mengundang benci rakyat terhadap UMNO, iya tidak dinafikan memang ada. Buktinya tempatnya Sungai Besar sendiri menjadi kubo kuat DAP.

Selain faktor ketenteraman awam yang perlu dijaga. Kedatangan Jamal Yunus kalau tidak dihalang hanya akan menjejaskan sokongan BN di negeri Sarawak. Ini si Jamal kena faham, jangan buat muka tembok terperasan seperti jentera harapan.

Jangan juga meroyan tidak tentu pasal hingga membangkitkan sentimen perkauman. Sebab orang lain juga kena, tapi mereka tetap bersikap sebagai ahli politik.

Benarlah kenyataan sebelum ini dari Datuk Shafie Apdal, BN akan mencapai kemenangan di pilihanraya Sarawak yang akan datang tapi disebabkan oleh faktor kenegerian bukan disebabkan oleh kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

Ekoran itu Si Jamal Yunos telah membangkitkan sentimen perkauman, menghina bangsa Iban yang tidak terlibat dengan keputusan yang diambil oleh Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satin keatas dirinya.

Jadi tidak salahlah telaan admin sebelum ini yang menganggapnya sebagai orang yang tidak bertamadun. Ekoran penghinaannya keatas  Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara.

Semakin jelas kejahilan si Jamal Yunus aka Jamal Tongkol ni. Dia buat buat lupa, hasil undi orang Iban lah BN menjadi pemerintah. Sedang dia hanya memuntahkan darah keringat pengundi BN.

Dibawah, penghinaan yang ditulis oleh si Jamal di akaun Facebooknya,

Saya tidak dibenarkan masuk ke negeri Serawak hari ni. Suku Iban pakai cawat ni tidak dapat menerima hero perang baju merah ke sana. Saya tetap tabah dan bersabar menerima ujian seperti ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s