Kenapa Abu Dhabi Bukannya Arab Saudi – Baki 2.6 Bilion

image

Berkaitan dengan artikel sebelum ini. Klik link di bawah,

Abu Dhabi Menafikan Ada Menerima Baki 2.6 Bilion

Walaupun umun telah mengetahui akan kewujudan dana 2.6 bilion yang telah berlarutan hingga terpaksa mengorbankan nasib beberapa pemimpin yang berjawatan Menteri dan berjawatan Peguam Negara, Gani Patail. Tapi masih ramai yang keliru atau tidak jelas akan proses kewujudan dana 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak. Pada mereka penafian yang dibuat oleh pihak yang berpangkalan di UEA, Abu Dhabi itu tidak berkorelasi atau
bertentangan, berdasarkan apa yang mereka ketahui.

Ini kerana negara asal pemberi “derma” 2.6 bilion ialah negara Arab Saudi dan bukannya negara UEA, Abu Dhabi. Bertepatan dengan apa yang dinyatakan sebelum ini oleh Menteri Zahid Hamidi, Abdul Rahman, Salleh Said tidak terkecuali Peguam Negara, AG Apandi. Bahwa penderma dana 2.6 bilion adalah  berbangsa Arab dari keluarga diraja Arab Saudi. Oleh yang demikian sudah tentulah dana 2.6 bilion itu disalurkan langsung dari bank yang beroperasi di negara Arab Saudi dan bukannya mana mana bank di luar negara. Begitu juga dengan baki dana 2.6 bilion yang dikatakan telah dipulangkan balik, hanya pemerintah Arab Saudi yang mengetahuinya.

Memanglah “penderma” itu berbangsa Arab atau warganegara Arab Saudi tapi dana 2.6  bilion adalah milik Syarikat Aabar (syarikat yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB) yang berpangkalan di Abu Dhabi dan transaksi pemindahan dana 2.6 bilion dibuat di Switzerland. Seperti pendedahan Sarawak Report mengenai akaun PM Najib yang sarat wang berbilion. Seperti keterangan dibawah,

Sejumlah USD$681,999,976 (RM2.6 billion) telah dipindahkan atas talian secara berasingan dari cawangan Falcon Bank Switzerland di Singapura milik dana Abu Dhabi kendalian Aabar ke dalam akaun AmBank peribadi Perdana Menteri di Kuala Lumpur, pada bulan Mac 2013, awal sedikit dari pembubaran Pilihanraya Umum itu.

Dana Aabar Investments telah dikaitkan pada banyak transaksi melibatkan 1MDB.
Pemindahan dana dari bank Falcon ke dalam akaun Najib dilakukan beberapa hari selepas pemeteraian penjanjian”usaha sama strategic” antara Malaysia dengan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Ini menunjukkan kenyataan anak syarikat Aabar Investments PJS yang berpangkalan di Abu Dhabi bahwa mereka tidak menerima sebarang bayaran atau baki dari 2.6 bilion ada kebenarannya atau berkaitan. Pihak inilah yang telah diperalatkan oleh Tarek Obaid individu yang ada hubungan “perniagaan” dengan Jho Low (1MDB) yang juga mengakun dirinya dari keluarga diraja Arab Saudi.

Jadi siapa yang tidak berkorelasi.? 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s