Baru Admin Faham Dengan Tindakan IGP – Dr Zakir

image

Apa yang tidak kena dengan soalan dari pelajar UIA kepada Dr Zakir Abdul Karim Naik ya.?

Kalau tidak tahu, kenalah bertanya. Barulah namanya intelektual. Soalan pelajar seperti dibawah,

“Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti beliau yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba.”

Soalan diatas telah dijawab oleh pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik dengan sempurna. Menafikan kos pembelajaran di Malaysia yang didakwa mahal berbanding di luar negara memakan ratusan ribu.

Peliknya kenapa pula, soalan jujur itu ditukar menjadi isu politik terutamanya oleh portal pro pemerintah. Seolah olah pelajar itu bercakap dari sudut politik yang mewakili pembangkang. Boleh saja pelajar itu datang dari keluarga yang kurang atau tidak berkemampuan, itu hak rakyat yang mencari keadilan.

Benarlah ada ramai penyokong politik pemerintah yang belum layak mendengar atau menganjurkan ceramah peringkat tinggi terutamanya melibatkan agama. Sikit sikit ditukar menjadi keuntungan politik.

Lagi memalukan soalan itu telah meresahkan beberapa pensyarah. Alahai

Ketidakmatangan ini telah diambil kesempatan oleh portal pro pemerintah yang tidak matang dan bertanggungjawab. Terpaksa bergantung pada perbuatan mereka yang tampak tidak sehaluan untuk dijadikan bahan.

Kesan negatif seperti ini yang dielakkan oleh IGP kenapa beliau pada mulanya melarang forum oleh Dr Zakir Naik yang dijadualkan di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.???

Walaubagaimanapun, difahamkan forum itu akan diteruskan.

Hakikatnya yang perlu diingatkan ialah rakyat Malaysia itu sendiri supaya bersikap matang. Terutamanya portal politik. Hemmm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s