Laporan PAC Menjadi Liabiliti.

Laporan PAC yang diharapkan mampu menarik balik kepercayaan rakyat nampaknya tidak berjaya rakyat masih tercari cari hakikat kebenaran disebalik 1MDB. Malah telah menguatkan keyakinan rakyat bahawa PM Najib Razak benar terlibat dalam skandal 1MDB khususnya dalam “urusniaga” dengan Petrosaud Holding.

“Semalam” admin membaca sebahagian dari laporan PAC terutamanya di halaman 23, 24 dan 25 dicatatkan tarikh penubuhan 1MDB Petrosaud Ltd dan Petrosaud Holding adalah sama, pada 18hb September 2009.

Dan pada 25hb September 2009 usahasama 1MDB, Petrosaud Ltd dan 1MDB Petrosaud di MOU kan.

Pada 28hb September 2009, Ceo 1MDB Petrosaud Ltd (Shahrol Azral) membuat pinjaman pada Petrosaud Induk sebanyak (USD700 juta) tapi dinafikan oleh PM Najib Razak yang beliau terlibat, ini berdasarkan tarikh yang dicatatkan pada dokumen usahasama dan pinjaman pendahuluan, kesemuanya tidak masuk akal, ditambah dengan tindakan CEO 1MDB Shahrol Azral yang tidak terlebih dahulu mengemukakan permohonan pinjaman pada ahli lembaga (PM Najib Razak).

image

image

image

image

Itulah matlamat sebenar laporan PAC dikarang dengan sedemikian, bagi menunjukkan betapa bodoh jahatnya CEO 1MDB. Tapi benarkah CEO Shahrol Azral begitu bodoh walaupun melibatkan penyelewengan yang begitu besar dan rumit, kantoi begitu saja macam orang yang tidak ada sekolah.?

Susulan itu secara tidak sengaja, Sarawak Report telah membuat pendedahan berkaitan MOU antara 1MDB dan Petrosaud Holding yang didakwa tidak melibatkan PM Najib Razak kecuali antara CEO Shahrol Azral dan pemilik Petrosaud, Tarek Obaid.

Sarawak Report mendedahkan sebenarnya PM Najib Razak mengetahui dan terlibat secara langsung dalam urusniaga itu, ini berdasarkan bukti tandatangan yang diturunkannya pada dokumen MOU berkenaan. Walaupun tarikhnya tunggang langgang seperti mana laporan PAC. 😉

image

(Masih ada ruang bagi menarik balik kepercayaan rakyat khususnya terhadap UMNO. Itupun kalau kena cara)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s