Kedaifan Masyarakat Sabah.

image

Kedaifan ini berlaku di Kg Nobu Barangkason, Sabah. Walaupun Sabah kubo kuat kepada BN dan Sabah adalah negeri yang terkaya di Malaysia tapi majoriti rakyatnya hidup dalam keadaan yang daif. Berbanding pemimpin atau individu yang rapat dengan Ketua Menteri, Musa. Terlebih kaya mengalahkan Raja Namrud.

Begini ceritanya, seorang murid tahun 1 telah tercedera terkena serangan Surun ketika dalam perjalanan balik dari Sekolah. Memandangkan rumah murid itu terletak di Kg Nobu Barangkason yang agak jauh dari jalan utama sekitar setengah KM. Seorang lelaki budiman yang kebetulan menaiki kenderaan telah menghulurkan bantuan dengan menumpangkanya hingga ke rumah orang tuanya.

Begitu bahagia, atuk dan nenek melihat ada orang yang sudi menumpangkan cucunya yang tercedera. Sebagai tanda terima kasih dan rasa syukur, lelaki yang budiman itu telah diberikan empat biji buah belunu.

image

Digambarkan jalan atau laluan ke kampung berkenaan sangat daif amat menyulitkan. Selain keperluan asas sebuah kampung seperti bekalan letrik dan bekalan air bersih yang tidak disediakan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Begitulah kehidupan majoriti masyarakat di negeri simpanan tetap BN dan negeri yang paling kaya di Malaysia. Kehidupan mereka cukup terabai. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan atau dipersalahkan, pembangkang kah.?

Nasihat admin oleh itulah jangan Sabahan berhenti dari mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Sabah jangan juga kisah dengan jentera tolol BN Sabah malah langgar mereka sampai penyek kalau mereka berlagak pandai.? Spesis dedak yang tidak ada hati perut.

Sekali lagi, anda marhaen lah yang lebih berhak menentukan nasib diri dan masa depan negeri ini. Bukannya mereka yang tidak ada hati perut tu.

Kamu yang berhujan berpanas demi kemenangan BN, tapi hanya kumpulan tertentu yang dekat dengan pentadbiran Ketua Menteri Sabah yang mendapat kesenangan. Lepas itu berlagak sebagai orang politik, mendedahkan berbagai bagai kelemahan pembangkang. Walhal mereka lah yang terlalu banyak makan dari sumber yang haram menjadikan mereka tolol dan lupa diri, tapi kita pula yang diajar agar bersikap budiman dan setia pada BN. Macam haram.

Realitinya tanpa kumpulan tolol itu pun, parti BN atau mana mana calon yang bertanding boleh anda berikan undi kemenangan. Sebab itulah jangan takut dan segan ini negara demokrasi dan negeri bukan milik mereka. Kalau pun mereka kumpul semua ahli keluarga mereka untuk mengundi calon BN, jumlah mereka masih jauh tidak mampu membawa kemenangan kepada BN. Selain anda masyarakat Sabah yang tidak terbela. Jadi, bahasakan mereka cukup cukup jangan terlalu bodoh, mereka kaya raya, sedangkan anda masyarakat kekal miskin tapi masih mementingkan diri, siapa yang rugi.?

image

image

Perhatian. Khabarkan pada admin, sebarang cerita yang berkaitan dengan himpitan kehidupan atau birokrasi yang dihadapi oleh masyarakat, tidak kira dimana anda berada. Nanti admin paparkan di Blog ini.

Advertisements

2 thoughts on “Kedaifan Masyarakat Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s