Kenyataan Terbaru Media 1MDB – Mengarut.

image

Dikeluarkan pada 7 April 2016
Untuk siaran segera

Kenyataan Media Lembaga Pengarah 1MDB Berkaitan Laporan PAC

Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (“Lembaga Pengarah”) mengambil maklum isi kandungan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB seperti yang dibentangkan di Parlimen pagi ini (“Laporan PAC”). Pihak Lembaga Pengarah melihat Laporan PAC ini sebagai sebuah dokumen yang menyeluruh dan muktamad, yang telah menyatakan fakta-fakta dengan jelas dan telah menyangkal pelbagai dakwaan berkenaan syarikat.

Laporan PAC tersebut telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh 1MDB. Apabila ditinjau kembali, kami dapat memahami bagaimana Jabatan Audit Negara dan PAC boleh mengenalpasti kekurangan-kekurangan ini. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk difahami bahawa keputusan-keputusan yang dibuat ketika itu adalah dalam konteks transaksi yang spesifik pada masa tersebut. Tambahan pula, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang kompleks dan mempunyai peranan yang pelbagai dalam menjalankan projek-projek strategik berskala besar, mewujudkan kerjasama dengan entiti-entiti kerajaan asing dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Pihak umum sedia maklum bahawa 1MDB hanya mempunyai ekuiti tunai sebanyak RM1 juta, yang memerlukan syarikat membuat pergantungan besar kepada pinjaman untuk membiayai pelaburannya. Meskipun berdepan cabaran ini, Lembaga Pengarah telah membuat yang terbaik untuk menguruskan syarikat dengan cara yang tidak akan mengakibatkan beban kewangan kepada Kerajaan.

Secara khususnya, sebaik sahaja ketidakpadanan aliran tunai (cash-flow mismatch) dikenalpasti pada November 2014, Lembaga Pengarah bertindak segera untuk melantik seorang pakar penstrukturan semula profesional untuk mengetuai 1MDB. Ini membawa kepada perlaksanaan kajian strategik (strategic review) yang seterusnya membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan, yang telah menyelesaikan beban hutang 1MDB. Syarikat telah membayar dan akan terus membayar kesemua hutang jangka pendek dan kesemua hutang bank dengan hasil yang diperolehi daripada penjualan Edra, dan ketika ini mempunyai lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion yang akan diperuntukkan untuk membayar kadar faedah dan keperluan kewangan infrastruktur.

Lembaga Pengarah percaya bahawa ia telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin, termasuk pelaksanaan pelbagai langkah tadbir urus korporat seperti mewujudkan prosedur operasi standard (standard operating procedure) untuk syarikat dan menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko Lembaga Pengarah. Di samping itu, Lembaga Pengarah juga telah memastikan kerjasama penuh diberikan kepada semua pihak berkuasa yang sah yang menjalankan siasatan ke atas syarikat. Semua dokumen sokongan yang ada telah pun dikemukakan dengan sewajarnya.

Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes “RM42 bilion hilang”, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Juga telah disahkan, 1MDB tidak memindahkan RM2.6 bilion kepada akaun peribadi Perdana Menteri seperti yang telah didakwa.

Lembaga Pengarah juga telah berjaya membawa 1MDB melalui suatu tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa Laporan PAC boleh menjadi titik pengakhiran dakwaan-dakwaan palsu ke atas syarikat. Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil Laporan PAC tersebut, Lembaga Pengarah secara kolektif pagi ini telah memutuskan untuk menawarkan perletakan jawatannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), yang merupakan 100% pemegang saham 1MDB.

Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya bahawa ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC.

Kesimpulan dari kenyataan media 1MDB ini ialah tidak ada unsur unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa di dalam Syarikat 1MDB. Dakwaan 2.6 bilion dan 42 Juta adalah palsu semata-mata.

Begitu mudah mereka membuat kesimpulan ya, sedangkan skandal 1MDB terpaksa mengorbankan beberapa pemimpin utama UMNO. 😝

Yang bertanggungjawab mendedahkan penyelewengan 1MDB dan kaitannya dengan PM Najib Razak ialah portal WSJ dan Sarawak Report. Sebelum dijulang oleh akhbar akhbar dari luar negara dengan memaparkan tajuk tajuk yang cukup panas tapi memalukan, perbelanjaan boros dari keluarga pemimpin atau berbelanja dengan wang rakyat dan macam macam lagi.

Alsebab itulah berharap agar rakyat mempercayai kenyataan yang bertujuan membersihkan nama 1MDB, harus dua portal berkenaan dihadapkan ke muka pengadilan antarabangsa. Biar rakyat mengikuti perkembangan kes, barulah pada dan selepas itu rakyat boleh membuat penilaian mengikut kefahaman mereka. Kena ingat, dana 1MDB adalah wang rakyat Malaysia bukan milik mana mana syarikat atau individu terkaya di Malaysia. Jadi adalah tidak wajar, 1MDB yang terpalit dengan tuduhan menggunakan wang rakyat, mereka sendiri yang membersihkan diri. Nampak sangat tidak telus.

Nasihat admin jangan hanya merujuk  pada laporan yang dikarang oleh PAC. Rakyat sedia maklum PAC berada dalam cengkaman 1MDB. Ini persepsi rakyat terhadap mana mana agensi yang menyiasat 1MDB. Buat macam mana.

Klik link dibawah mengenai keratan akhbar luar negara yang telah memalukan orang Malaysia secara keseluruhannya, sebagai bukti 1MDB masih belum menjawab soalan.

Akhbar Luar Negara Memalukan Pahlawan Bugis

Hakikatnya 1MDB masih berhadapan banyak persoalan.
Lebih banyak soalan daripada jawapan yang telah diberikan. Itulah gambaran kekeliruan yang dihadapi oleh politik UMNO atau jentera 1MDB. Tapi masih berlagak di pihak yang sangat benar. Masuk angin keluar asap, buang masa.

Kenyataan mereka banyak yang mengarut. Seolah olah, hari esok mereka cakap, hari ini kita sudah tahu. (begitu remeh idea mereka)

Lepas itu menggesa agar rakyat mempercayai jawapan salah mereka. Logik kah.?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s