Dokumen Derma 2.6 Bilion, Milik Siapa.?

image

Ada yang menabik dada ekoran tersebarnya dokumen rasmi atau lampiran dari keluarga di raja Arab Saudi berkaitan derma sebanyak RM2.6 bilion (USD375,000,000) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak. ( sebagai bahan bukti )

Dengan itu mereka terperasan dokumen ini telah berjaya menjawab semua tuduhan yang dilemparkan ke atas PM Najib Razak dan 1MDB. Uiiina

Dokumen rasmi ini bertarikh tahun 2011, baru sekarang didedahkan kepada umum, selepas lima tahun.? Lewat, sempat UMNO lunyai akibat alasan alasan yang tidak masuk akal.

Alasan pertama datangnya dana 2.6 bilion ialah dari tabung UMNO. Tapi tidak bertahan, di tukar kepada derma yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi yang telah dikenalpasti. Tapi sehingga sekarang, penderma yang disebut sebut tidak pernah muncul.

Begitu juga dengan tujuan dana didermakan, sekejap untuk memenangi pilihanraya, sekejap untuk membanteras kegiatan IS sekejap lagi untuk melawan Ikhwanul Muslimin yang menyusup melalui PAS. Bikin pening

Paling memeningkan bila derma yang diberikan dengan penuh keikhlasan tidak semena mena di pulangkan balik. Benarkah telah dipulangkan, mana buktinya seperti mana dokumen di atas.?

Amat sukar bagi rakyat mempercayai dokumen ini. Agak melucukan

Dan yang paling melucukan, sebenarnya dokumen ini milik program Four Corners ABC yang membuat pendedahan lanjut bagi membuktikan ada yang tidak kena, bukan milik pihak yang sepatutnya yakni pihak PM bagi tujuan mempertahankan diri. Jadi bagaimana mungkin dokumen ini diperakui dengan begitu mudah sedangkan ia milik lawan.?

Kesimpulannya bolehlah dokumen ini di tong sampah kan. Tidak laku 😉

(Maaf tidak berniat untuk memperlekeh apa yang cuba dibetulkan tapi lipat gandakan lagi usaha. Masih belum mampu menutup kelemahan)

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s