Referendum atas PM sebabkan Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia – Bohong

image

Salleh berkata Malaysia tidak mengamalkan sistem pungutan suara, dan sebarang gesaan terhadap kedudukan Najib sebagai perdana menteri mesti melalui proses undang-undang di parlimen.

“Patutkah Parlimen sekarang diminta untuk meluluskan satu undang-undang baru mengambil sistem referendum dan buatkan ia terikat dengan perlembagaan?

“Bagaimana jika Sabah dan Sarawak, atau mungkin Pulau Pinang memutuskan untuk mengambil kesempatan terhadap undang-undang baru ini dan mengadakan referendum untuk meninggalkan Malaysia?

“Dan bagaimana jika undi mahir itu meninggalkan Malaysia? Adakah ia sah?,” katanya melalui satu kenyataan.

Pendapat yang buta politik.

Salleh Said mahu rakyat ini terus berpolitik dewa dewa. Walaupun mereka tidak terurus, disebabkan sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tapi tiba hari pilihanraya, pemimpin berkenaan wajib di undi. Tidak mahu ada pergolakan yang akan mematangkan rakyat Malaysia umumnya, khasnya masyarakat Sabah dan Sarawak.

Berbalik pada isu pungutan suara atau referendum yang dicadangkan oleh Dr M. Tidak ada kesan negatif yang akan timbul seperti apa yang kononnya di bimbangi oleh Salleh Said, ia hanyalah propaganda semata-mata.

Kalau referendum dilaksanakan tidak bererti rakyat Sabah atau Sarawak akan terpengaruh untuk keluar dari Malaysia.

Sebelum ini pun ada sekumpulan rakyat Sabah dan Sarawak merancang untuk membuat petisyen autonomi. Tapi tidak mendapat sambutan dari majoriti Sabahan dan Sarawakian.

Hanya Salleh Said yang buat buat bodoh. Sebenarnya dia hanyalah cuba untuk menyembunyikan kegagalannya sebagai pemimpin tempatan Sabah. Itu yang membuat kenyataan kenyataan yang tidak rasional. Supaya nampak sedang menjalankan tanggungjawabnya.

Referendum ke atas PM Najib Razak oleh Dr M boleh menyebabkan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kenyataan yang bohong.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s