Usul Gambar Najib Razak Lulus – Nottingham

image

Sinar. Persatuan Nottingham Malaysia meluluskan usul untuk membahaskan petisyen yang dikemukakan salah seorang ahlinya, Cassandra Chung berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan mereka, Rabu ini.

Menurut ahli jawatankuasa persatuan itu, pihaknya tidak menyatakan persetujuan atau menolak tindakan Cassandra tersebut namun menyerahkan keputusan di tangan ahli-ahlinya untuk mengundi nanti.

“Kami juga menyedari bahawa Cassandra tidak terlibat dengan mana-mana parti politik dan kenyataannya dalam petisyen itu hanya gesaan yang menuntut akauntabiliti bagi pihak perdana menteri sebagai tokoh yang mewakili rakyat sesebuah negara.

Usul bertujuan bagi membolehkan gambar PM Najib Razak yang sekarang terpampang di dinding Universiti Nottingham dapat diturunkan atau dikeluarkan.

Untuk makluman, di Universiti inilah, PM mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri pada tahun 1974.

Sedih juga ya, tapi apa boleh buat bila masyarakat bercakap dari konteks tanggungjawab seorang pemimpin. Terpaksalah usul dipertimbangkan, sementara PM Najib Razak membersihkan namanya dari tuduhan atau skandal yang memalitkannya.

Begitulavh bila isu politik dinilai oleh rakyat yang tidak berkepentingan dan tahu tanggungjawab mereka pada negara.

Andai usul ini mendapat undi majoriti sekaligus gambar PM Najib Razak berjaya diturunkan. Bererti telah mengukuhkan lagi tuduhan penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri terhadap wang rakyat melalui syarikat 1MDB. Pastinya juga WSJ turut tersenyum, terbukti mereka di pihak yang benar.

Demi Allah, bukan bererti dengan ini admin membenci ke peribadian Najib Razak tapi kekeliruan ini harus di tamatkan dengan kadar yang segera. Sebab admin juga ada rasa tanggungjawab ke atas negara Malaysia.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s