Orang Asli, Bekalan Letrik – Zainal Kling

image

Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kebiasaannya penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap, sekaligus menyukarkan mereka membayar bil kemudahan asas yang disediakan.

“Masukkan elektrik itu ke kampung (Orang Asal) barangkali senang, tarik tiang, tarik wayar boleh la pasang, tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal biasanya tidak mempunyai pendapatan tetap.

(Maksudnya tu mereka orang asli tidak akan mampu membayar bil letrik jadi buat apa di berikan kemudahan asas)

Sebelum ini hak orang asli menjadi bualan netizen, bila perkampungan mereka yang bersebelahan dengan pusat pentadbiran kerajaan, Putrajaya tapi tidak menerima bekalan letrik. Dengan sinis komuniti kampung Bukit Tunggul memperlekeh kewibawaan pemerintah. Kampung berhampiran Putrajaya yang tersergam indah tapi letrik pun tidak mampu dibekalkan walaupun telah mengadu pada pihak yang bertanggungjawab, pemimpin. Tapi semasa berkempen pilihanraya janji manis dari calon dan parti bukan main lagi, hemmm.

Oleh itulah, baru baru ini admin ada mengkritik pendapat seorang penganalisis politik yang juga seorang pensyarah. Berkaitan UMNO dan negara.

Golongan ini kalau bercakap macam tidak ada akal dan hati. Bercakap betul betul mengikut apa yang dicetak dalam buku teks. Mereka lupa hak seorang warganegara keatas negaranya. Sedangkan dari konteks ekonomi sekalipun, semut pun menyumbang apa lagi insan manusia. Terpaksa berkerja untuk memenuhi keperluan asas.

Ini negara kan diandaikan tidak ada sumber alam yang banyak, admin rasa kilang jarum pun tidak wujud. Jadi kenapa menafikan hak rakyat, seisi alam ini adalah hak rakyat. Bukannya hak si pentadbir tolol.

Jiwa Prof Zainal Kling berpisah dengan ilmu yang dia ada. Sebab mungkin matlamat awal kenapa dia bersekolah adalah untuk mencari wang.

Sepatutnya kenyataan seperti itu tidak boleh keluar dari mulutnya. Sebaliknya dia hentam balik pihak yang tidak bertanggungjawab. Baik berkaitan kelengkapan prasarana atau pemilikan tanah oleh pihak swasta yang dibuat secara tidak sah, menyukarkan pemerintah menyalurkan kemudahan asas seperti yang berlaku di Bukit Tunggal.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s