Ali Rustam Dan Syed Atif Virus Jahat.

image

Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif mencadangkan agar UMNO di putihkan dari “virus Muhyiddin” demi kebaikan UMNO. (lebih kurang begitulah kenyataan yang dikehendaki)

Sama dengan kehendak mantan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. Berpendapat, mereka yang terlibat dengan deklarasi rakyat mesti disingkirkan daripada UMNO.

Ali Rustam, berkata langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ahli, sekali gus menyebabkan parti lemah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Lagi kalau menurut Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar. Muhyiddin telah menunjukkan siapa sebenar dirinya selepas menandatangani deklarasi rakyat. Dan Syed Atif amat menyekurinya.

Dua pemimpin ini bercakap dari dalam kotak UMNO semata-mata di luar kotak mereka tidak tahu atau buat buat bodoh dengan demikian mereka lah yang sebenarnya virus yang jahat. Perosak UMNO dari luar dan dalam.

Terutamanya Ali Rustam, pada PRU13 yang lepas dia kalah teruk pada calon PKR. Walhal pada ketika itu dia berjawatan Ketua Menteri Melaka. Admin masih ingat, ketika di sidang media berkenaan kekalahannya dia menyalahkan pengundi Bukit Katil sebagai tidak mengenang jasa atau budi walaupun telah berkhidmat 13 tahun di bumi Melaka.

Nampak sangat tidak ada keikhlasan di dalam perjuangannya. Ada segala galanya tapi kalah pada calon yang hanya bermodalkan air liur. Lepas itu memandai mandai kononnya membetulkan UMNO.? 😛

Hakikatnya Ali Rustam sedar akan kuasa rakyat. Tapi kenapa dia mengutarakan idea yang bukan bukan ya.? Macam pula dia ni gunting dalam lipatan.

Selepas Presiden UMNO tidak berjaya menjawab dengan baik tuduhan keatasnya. Kelemahan UMNO telah beralih, tidak lagi datang dari pergolakan dalaman seperti yang kita ketahui antara kumpulan Muhyiddin dan kumpulan Najib tapi tentangan datang dari luar UMNO yakni daripada rakyat Malaysia.

Kajian keatas deklarasi rakyat yang diterajui oleh Dr M, menunjukkan deklarasi rakyat mendapat 70% sokongan dari rakyat yang mengambil bahagian. Ini bererti mereka menolak kepimpinan PM Najib Razak.

Jadi apa yang mahu di betulkan atau dibersihkan dari UMNO.? Buang pemimpin yang berkredibiliti dan rakyat nampak apa yang berlaku. Cuba bayangkan andai yang tinggal dalam UMNO hanyalah pemimpin pemimpin yang memualkan, pandai menjilat dan wang sebagai senjata mereka. Tidak kah UMNO berkubur di PRU akan datang.?

Kalau akal tidak kemana lebih baik diam macam kata Annuar Musa. 😉

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s