Analisis Politik Pro 1MDB – Karut

image

Seorang penganalisis politik, pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub, Pahang, Che Hamdan Che Mohd Razali pro 1MDB berpendapat mendesak PM Najib Razak untuk berundur tidak akan menyelesaikan masalah UMNO yang diterajui oleh PM Najib Razak yakni krisis kepercayaan rakyat selepas 1MDB. Apa lagi pada deklarasi itu tidak disebut calon yang bakal menggantikan PM Najib Razak. Menunjukkan deklarasi rakyat hanya bertujuan untuk mencari keuntungan peribadi.

“Lagi baik fikirkan kemaslahatan yang dihadapi oleh rakyat seperti yang dilakukan oleh PM Najib Razak”, tambah penganalisis politik yang tidak ada semangat negara bangsa. (Betul betul sekolah untuk cari wang)

1. Nampaknya penganalisis itu tidak mengetahui secara mendalam krisis apa yang dihadapi oleh PM Najib Razak hingga mendapat desakan yang cukup kuat daripada rakyat, supaya mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri.

2. Negara berhadapan dengan bebanan hutang yang berada di luar kemampuan. Berpunca dari penyalahgunaan kuasa di dalam 1MDB. Memaksa pemerintah memperkenalkan berbagai pendekatan bagi menjana pendapatan tapi menyusahkan rakyat.

3. 1MDB telah menimbulkan banyak masalah, meliputi ekonomi dan Malaysia sebagai negara yang berdaulat, bila bila masa kuasa asing mencampuri pentadbiran negara dengan alasan untuk menyiasat dakwaan WSJ. Jadi kemaslahatan mana yang sedang dalam proses penyelesaian.?

4. Lambakan hutang dan kehilangan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia. Inilah masalah sebenar negara dan UMNO khususnya bila berhadapan dengan pilihanraya. Bukan kah, sebahagian totok UMNO bergantung pada UMNO, habis UMNO habislah mereka. Tapi kenapa dibiarkan.?

5. Kehilangan kepercayaan rakyat keatas UMNO adalah hakikat yang sukar untuk dirungkai. Melainkan ada tindakan drastik dari pentadbiran PM Najib Razak aka UMNO. Situasi yang ada sekarang pastinya menyumbang kepada kegagalan UMNO.

6. Khabar dimana Sultan Johor sengaja tidak bersalaman dengan PM Najib Razak adalah petanda yang tidak baik pada politik UMNO Johor. Begitu juga dengan Kedah dan Sabah dua negeri ini juga terpalit dek pentabiran UMNO yang tidak konsisten.

Sepatutnya sebagai ahli akademik kenalah bercakap benar. Utamakan masa depan negara bukan turut bersekongkol menyembunyikan kelemahan, apa lagi kelemahan itu datang dari kepimpinan parti yang memerintah
sudah tentu pasti akan merosakkan negara andai tidak ada usaha konkrit untuk membetulkannya.

Terima hakikat, betulkan keadaan jangan menyumbang kepada kerosakan.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s