Pesarah Polis Membuat Laporan Terhadap AG Apandi.

image

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali (AG Apandi) berhubung dengan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak.

Dalam laporan yang dibuat pada hari Rabu, Mat Zain mendakwa AG disyaki telah “menyalahgunakan kuasanya, maklumat tersembunyi, dan atau menggunakan kenyataan palsu” apabila membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes derma tersebut.

Dalam laporannya, Mat Zain telah menganalisis dakwaan Apandi bahawa derma itu datangnya dari seorang putera Raja Saudi untuk membuktikan dakwaannya bahawa AG telah memberi maklumat palsu.

Merujuk senarai Forbes 2013 mengenai individu Arab paling kaya di dunia, Mat Zain berkata, hanya empat orang putera sahaja berada dalam senarai tersebut.

Mereka ialah Putera Alwaleed Talal yang ketika itu dilaporkan mempunyai AS$20 bilion; Putera Sultan Mohammed dengan AS$2.6 bilion; Putera Abdullah Musaad dengan AS$144.5 juta dan Putera Mutaib Abdulaziz dengan AS$110.1 juta.

Jadi siapa individu Turki Bin Abdullah dikatakan sebelum ini dari kerabat Diraja Arab Saudi yang disebut sebagai penderma dana 2.6 bilion. Banyak dia punya kekayaan, tidak terhitung sampai tidak  tersenarai dalam majalah Forbes. Sungguh kah dia tu dari kerabat Diraja Arab Saudi. Kalau bukan dari mana dia mendapat wang berbilion untuk didermakan.?

Jadi benarlah pendedahan WSJ ada orang ketiga yang mengambil dana dari 1MDB sebelum dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak.?

Kenyataan seperti ini yang membuat dakwaan penyelewengan di dalam 1MDB semakin sulit untuk di rungkai. Selain pengakuan ikhlas dari individu yang terbabit.

Selain merujuk Forbes sebagai perbandingan yang menarik. Statusnya sebagai bekas anggota Polis Bahagian Jenayah memantapkan lagi laporan polisnya terhadap AG Apandi sekaligus menarik perhatian rakyat untuk mempercayainyan, khususnya pada mereka yang mengikuti perjalanan skandal 1MDB.

Sememangnya andai skandal 1MDB dinilai dengan akal yang waras, akan jelas kenampakan lubang besar yang cuba ditutup dengan penafian penafian yang tidak masuk akal, akhirnya tidak berjaya.

Benar kawan kata, kalau ingin  menipu pastikan orang percaya dengan apa yang dikata selepas menipu. 😉

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s