Rumusan Sidang Media Muhyiddin Bersama Shafie Dan Mukhriz

image

image

Beberapa rumusan yang tersurat dan tersirat di sidang media Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir yang diadakan pada hari ini.

1. Muhyiddin Yassin berkata beliau (mereka) tidak terlibat dengan sebarang konspirasi menjatuhkan PM Najib Razak. Seperti dakwaan Nazri Aziz dan Azalina Othman, hasil kononnya pertemuan Muhyiddin Yassin dengan bekas Peguam Negara, Gani Patail. Pada pertemuan itu, Gani telah menunjukkan beberapa dokumen sebagai bukti penyelewengan dana 1MDB.

Jelas dan terang tidak ada konspirasi bagi menjatuhkan PM Najib Razak.

Kedapatan Nazri Aziz dan Azalina Othman telah membuat kenyataan fitnah.! Busuk. Didorong oleh cita cita politik yang terlalu tinggi. Mereka lupa dua atau tiga tahun lagi UMNO akan berhadapan dengan PRU14.

Tidak menolak gara gara kepimpinan jelek yang ditunjukkan oleh Nazri dan Azalina telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap UMNO itu sendiri. UMNO sengaja mengenepikan kebenaran demi kuasa.?

2. Kalau pembaca masih ingat pendedahan Muhyiddin Yassin berhubung sikap beberapa pemimpin yang dulunya mengadu perihal kegiatan PM Najib Razak di dalam 1MDB supaya didedahkan. Tapi bila Muhyiddin dan Shafie menggerakkan dan menggegarkan UMNO pemimpin itu pula yang menikam mereka dari belakang. Nah antara pemimpin yang dimaksudkan ialah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan. Politik klasik, adu domba.

3. Muhyiddin Yassin juga menegaskan akan terus kekal di dalam UMNO, tidak ada sebab mereka keluar. Keahlian UMNO mereka bukan kerana Najib Razak. Tapi disebabkan oleh UMNO itu sendiri. Soal Dr M yang melucutkan dirinya daripada UMNO itu hak peribadi Dr M, beliau tahu apa yang beliau buat.

4. Soal pengguguran jawatan Timbalan Presiden UMNO yang tidak melalui proses penyiasatan atau tribunal lembaga disiplin UMNO akan beliau bawa ke pengetahuan Ros bagi diadili.

5. Dengan ini jelaslah siapa sebenarnya duri dalam daging atau musang berbulu ayam. Mereka kini bersama Presiden UMNO Malaysia, mereka hipokrit dan egois. Mengutamakan diri pada masa yang sama membelakangkan kepentingan UMNO.

6. Kalau sejak dari awal mereka ikhlas bersama Muhyiddin dan Shafie menasihati PM Najib Razak supaya membetulkan keadaan. Tidak UMNO umpama kapal bocor menanti karam.

7. Skandal 1MDB adalah benar, sebarang penafian, tuding menuding, jatuh menjatuhkan hanyalah usaha bagi mengalihkan perhatian rakyat. Seolah olah mereka di pihak yang benar. Portal WSJ yang sewajarnya menerima ancaman perundangan sehingga kini tidak ada tindakan.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s