Teknik Terbaru PAS Membunuh UMNO

image

PAS tidak menyokong perhimpunan anti PM Najib, yang akan berlangsung pada 27hb Mach ini.

Ini kerana menurut Abdul Hadi, PAS hanyalah membenci atau anti UMNO bukannya orang UMNO.

Persoalannya yang membuat kebatilan atau kerosakan ialan orang yang ada tangan dan kaki bukannya organisasi parti yang tidak ada roh.

Dengan kenyataan ini PAS akan berhadapan dengan kesukaran menarik pengundi. Sepatutnya PAS bersikap profesional, meletakkan kepentingan negara melebihi parti. Banteras penyalahgunaan kuasa, apa lagi bila melibatkan wang rakyat. Ini termasuk melupakan persengketaan dengan PKR dan DAP.

PKR yang diwakili oleh Azmin Ali dan Rafizi secara terbuka “menyokong” perhimpunan berkenaan bersama Dr M dan Zaid Ibrahim. Walaupun sebelum ini menerusi panggilan Telefon Anwar Ibrahim, PKR tidak menyokong perhimpunan anti Najib sebagai sebahagian daripada usaha melumpuhkan UMNO menjelangnya PRU14.

Baca link dibawah Anwar Ibrahim Tidak Menyokong Perhimpunan Anti Najib

Atau ini teknik terbaru politik PAS dalam usaha menguburkan UMNO, memandangkan kini Presiden UMNO adalah liabiliti terbesar UMNO sejak terpalit dengan skandal 1MDB. Selagi PM Najib Razak kekal berkuasa maka peluang pembangkang untuk menang akan cerah. Menjawab apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, PAS membenci UMNO bukannya orang UMNO.?

Pesanan ringkas jelas PAS menolak UMNO. Jadi jangan ada yang terhegeh hegeh kononnya akan ada kerjasama politik antara UMNO dan PAS.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s