Azalina, Muhyiddin Salah Dibawah Akta Rahsia Rasmi.?

image

Azalina berkata tindakan peguam negara itu (Gani Patail) yang secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, adalah tidak beretika.

“Hakikatnya peguam negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan (Tan Sri) Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

Baru baru ini Muhyiddin selepas jawatan Timbalan Presiden UMNO ditarik balik mendedahkan hasil pertemuannya dengan bekas peguam negara, Gani Patail. Pada pertemuan itu Gani Patail menunjukkannya beberapa dokumen sebagai bukti penyelewengan PM Najib Razak di dalam 1MDB.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Tidak lama selepas pertemuan itu perkhidmatan Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan.

Sedaya upaya “UMNO” berusaha mensabitkan Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang melanggar peraturan walhal antara usaha membersihkan UMNO dari imej yang buruk.

Teknikal diperalatkan, kebenaran diketepikan. Inilah cara UMNO di dalam mencarik carik lawan mereka.

Cuba tanya dengan Azalina ni. Penyelewengan apa yang dapat dibongkar dengan tidak melanggar peraturan malah skema terhadap peraturan.?

Azalina seorang peguam dia tahu tu bagaimana untuk mendapatkan bahan yang sahih. Mencuri, menipu antara caranya.

Hatta sekarang di Amerika berlaku perdebatan dimana FBI mendesak agar Apple memberikan mereka kelonggaran atau kebenaran bagi membolehkan FBI membuka pengguna telefon iPhone sebab ada penyiasatan. Tapi ditentang oleh Apple.

Maksudnya tidak ada cara yang lebih efektif dalam membongkar kebenaran selain melanggar peraturan dan akta.

Biarlah kebenaran melebihi segala galanya. Jangan Azalina terlalu menjilat, kau tu wanita.

Apa lagi tidak semua dokumen kerajaan terletak di bawah akta rahsia rasmi 1972.

Daripada kamu membelasah Muhyiddin tidak sudah, lebih baik ambil tindakan terhadap WSJ, mereka sedia menunggu tu.

Seperti cabaran keatas Ku Nan, kita cabar juga agar Azalina mengheret Muhyiddin ke muka pengadilan sebab telah melanggar akta rahsia rasmi.? Ada berani, dalam UMNO bolehlah eksen.

Cabaran terhadap Ku Nan Cabaran Terhadap Ku Nan

Jangan buat buat lupa, kuasa yang ada tu adalah pemberian ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Jalankan lah tanggungjawab apa adanya.

Beruntung Menteri di Malaysia ni sebab berhadapan dengan pemikiran rakyatnya yang bergred kelas ketiga. Kalau kamu memimpin di negara negara maju sudah lama kamu tu dibuang ke dalam tong sampah.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s