Ku Nan, Heret Muhyiddin Ke Mahkamah, Berani.?

image

MK. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah ditunjukkan bukti mengenai wang yang dikatakan dimasukkan ke dalam akuan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.

“Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara, Gani Patail sendiri beserta dengan bukti.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Susulan daripada itu Muhyiddin mempersoal kredibiliti Najib Razak untuk kebaikan negara dan UMNO. Akibatnya jawatan Timbalan Perdana Menteri ditarik balik. Terbaru jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang di gugurkan serta merta selepas ditentukan melalui mesyuarat MT.

Menarik balik semua jawatan di dalam UMNO, hatta melucutkan keahlian UMNO Muhyiddin, belum mampu membuktikan bahawa Muhyiddin di pihak yang SALAH oleh itu sewajarnya disingkirkan daripada UMNO.

Nah sekarang mari kita cabar Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan @ Ku Nan agar mengambil tindakan Mahkamah terhadap Muhyiddin ekoran pendedahan terbaru dan berani Muhyiddin yang melibatkan bekas Peguam Negara, Gani Patail sekaligus sebagai saksi utama.

Ahli UMNO terutamanya dari Bahagian UMNO Pagoh. Cabar dan heret Setiausaha Agung UMNO supaya mengambil tindakan Mahkamah. Keputusan Mahkamah akan  membuktikan pihak mana yang bersalah dan wajar dikenakan tindakan.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s