Anwar Ibrahim Tidak Menyokong Gerakan Anti Najib

image

Anwar Ibrahim secara rasminya tidak menyokong perhimpunan tertutup anti Najib yang akan diadakan pada 27hb ini atau gerakan menjatuhkan PM Najib Razak yang diketuai oleh Dr M dan beberapa pemimpin akar umbi. Seperti petikan dibawah yang admin ambil dari portal Selangor Kini :-

SEGAMBUT, 26 FEB: Langkah menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dari kerusi Perdana Menteri tidak mendapat persetujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau percaya tindakan itu sekiranya berjaya tidak menjadikan negara lebih baik.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sebaliknya Ketua Umum KEADILAN itu dalam satu panggilan telefon menekankan, langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menumbangkan keseluruhan kumpulan terlibat merosakkan sistem negara.

Kenapa kah, Anwar Ibrahim tidak menyokong agenda menjatuhkan PM Najib Razak.? Apa kamu ingat Anwar Ibrahim tolol macam sebahagian Menteri Menteri UMNO. Jawapannya tidak, Anwar Ibrahim sedar dan faham kalau PM Najib Razak berjaya disingkirkan peluang pembangkang untuk mengalahkan UMNO di PRU14 akan gelap. Sebab sudah tentu kepimpinan negara akan berubah, Menteri Menteri yang tidak berkredibiliti akan di gugurkan dan banyak lagi penambahbaikan supaya UMNO nampak segar.

Tidak seperti sekarang banyak skandal yang menghimpit Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang sudah tentu menjejaskan UMNO. Apa lagi selepas jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia digantung dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khabar, Rafizi akan hadir di perhimpunan berkenaan hanyalah simbolik kepada perjuangan pembangkang yang menolak aktiviti penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi. Bukan benar benar menjatuhkan PM Najib Razak.

Menerima atau tidak hakikat kebenaran. Selagi Najib Razak berada di tampuk pemerintahan dalam diam pembangkang bersorak riang dalam waktu yang sama mereka berusaha keras bagi membongkar segala aktiviti penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa sepanjang Najib Razak duduk sebagai pemimpin negara.

Ertinya potensi UMNO akan berhadapan dengan kekalahan di PRU akan datang walaupun dibantu dengan taktik kotor, akan cerah bergemerlapan seperti bintang di langit.

Melayu UMNO sudah bersedia kah. Jangan ikut masyarakat Sabah dan Sarawak, jenis parti tidak menjadi masalah boleh bergabung untuk membentuk kerajaan.?

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s