Shafie Apdal Sayangkan Negara Melebihi Parti – Sidang Media

SIARAN MEDIA

“SAYA SAYANGKAN PARTI, TETAPI SAYA SAYANGKAN NEGARA LEBIH DARI SEGALANYA”

image
Hiasan

KUALA LUMPUR- Kritikan dan teguran yang dibuat oleh pimpinan dan akar umbi UMNO selama ini adalah semata-mata untuk mengukuhkan parti dan kerajaan yang semakin hari tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat, cuma mungkin di hati beberapa pemimpin atasan UMNO.

2. Saya bimbang dengan situasi yang dihadapi UMNO ketika ini dimana rakyat semakin kurang keyakinan terhadap parti UMNO dan kerajaan dan perkara ini tidak harus kita nafikan.

3. Bila mana Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kerisauan beliau dengan menegur tentang keadaan yang berlaku di dalam kerajaan dan parti bukanlah semata-mata untuk melemahkan pucuk pimpinan parti, apatah lagi untuk jatuhkan parti dan kerajaan, tetapi sebaliknya dalam erti kata lain parti dan kerajaan jauh lebih penting daripada pemimpin dan individu tertentu.

4. Ya, saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya. Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu ataupun pemimpin tertentu.

5. Saya kesal dengan sindrom penafian yang wujud dimana ada sesetengah pihak berpendapat bahawa jika seseorang ahli parti menegur dan mengkritik pemimpin akan dianggap tidak setia kepada parti, malah ada juga individu yang terus melabel mereka ini sebagai pengkhianat kepada parti dan ada juga yang mengatakan mereka ini seolah-olah sebagai anjing yang menggigit kaki.

6. Ada pimpinan atasan yang beranggapan UMNO kini sedang mengamalkan demokrasi yang tulen seperti yang diamalkan oleh parti-parti politik luar negara. Tetapi pada hakikatnya demokrasi yang diamalkan oleh parti kini tidak lagi seperti demokrasi yang terdapat di negara-negara lain. Lihat sahaja kepada raut wajah akar umbi parti kini. Tiada lagi yang mampu tersenyum lebar. Masing-masing cukup sedar akan tekanan yang wujud tiap kali menyuarakan sesuatu. Ini tidak wujud dalam parti-parti politik luar negara. Tiada suara yang tidak didengar di House of Commons di Britain, tiada gentar yang terlihat pada wajah rakyat Amerika dalam menyuarakan pandangan mereka. Mereka maklum maksud sebenar perkataan demokrasi.

7. Negara yang mengamalkan demokrasi yang matang dan subur faham kepentingan memberi ruang kebebasan untuk mana-mana ahli dan pemimpin parti mengambil pendirian berbeza dengan kepimpinannya. Kita melihat kepelbagaian pendirian dalam banyak isu-isu dasar dalam negara-negara demokrasi, apatah lagi dalam hal yang melibatkan integriti pemimpin.

8. Pelbagai isu yang wujud dan dibangkitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) seperti kemelut 1MDB contohnya, tidak ditangani dan dijawab dengan telus serta tidak diberikan bukti-bukti dan  juga fakta-fakta yang menyokong dan seterusnya tidak diselesaikan dengan baik.

9. Tuduhan terbaru oleh Wall Street Journal berkaitan isu derma dan 1MDB serta tindakan pihak berkuasa Switzerland dan pihak berkuasa Singapura yang telah membekukan akaun-akaun yang mempunyai urus-niaga mencurigakan berkaitan 1MDB, secara tidak langsung menjatuhkan imej dan kredibiliti bukan hanya pemimpin malahan negara kita.

10. Penafian semata-mata tidak cukup untuk mengembalikan keyakinan rakyat kerana ia tidak hanya melibatkan negara Malaysia, malah dunia memerhati bagaimana cara kita menyelesaikan isu ini.

11. Sebaliknya apa yang lebih membimbangkan saya, individu dan kumpulan akar umbi pula yang dijadikan sasaran dan dikenakan tindakan kerana mahu mendapatkan kebenaran.

12. Saya masih ingat bila mana Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam dengan lantang mengkritik kepimpinan Tun Mahathir ketika itu di merata tempat, mereka menjelajah bertemu dengan cawangan-cawangan, tiada tindakan diambil terhadap mereka.

13. Begitu juga dalam zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, bilamana ada pimpinan-pimpinan termasuk saya sendiri menegur, namun tiada tindakan displin yang diambil terhadap mereka.

14. Adakah dengan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin akan menguatkan parti UMNO dan juga kerajaan? Walaupun tindakan ini mungkin akan menguatkan sesetengah pemimpin tertentu. Pemimpin yang baik untuk parti dan kerajaan harus berani menyuarakan perkara-perkara yang boleh menguatkan parti dan kerajaan walaupun kemungkinan akan hilang jawatan dan kedudukan. Walaupun ianya kelihatan pahit untuk ditelan, pada akhirnya saya pasti ia akan menjadi ubat kepada suatu perjuangan.

15. Memang amat berat untuk menegakkan kebenaran didalam sesuatu perjuangan, namun saya akan terus berdoa ke hadrat Allah SWT dan berharap agar ahli-ahli parti dan rakyat akan terus berdiri teguh dan bersatu dalam mencari kebenaran.

MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
NAIB PRESIDEN UMNO
AHLI PARLIMEN SEMPORNA

Memang begitulah yang sepatutnya. Semangat negara bangsa melebihi semangat kepartian. Barulah politik itu menguntungkan rakyat dan negara. Perbezaan pendapat sewajarnya diraikan, kerna perbezaan adalah rahmat. Jangan terlalu berpolitik kepartian, kerna ia tidak menguntungkan akar umbi hanya menguntungkan kumpulan yang rapat dengan pentadbiran tertinggi parti. Kalau selepas mendapat kelebihan dan membantu masyarakat sekeliling, tahan lah juga. Ini tidak macam sungguh seorang usahawan.

Kerna itu jugalah kalau pembaca amati, kebanyakan artikel atau tulisan admin amat menekankan kematangan di dalam sistem demokrasi. Raikan demokrasi, berpolitik secara realistik. Ayoh.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s