Keahlian UMNO Muhyiddin Dilucutkan Gara² Penjenayah.

image

Tiga pemimpin UMNO menyokong gesaan Nazri Aziz, agar Muhyiddin Yassin berhenti mengkritik pedas Najib atau keahlian UMNOnya dilucutkan.

Mereka ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Karprawi, bekas menteri kabinet, Hassan Malek dan Menteri kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan.

Sebelum ahli UMNO di seluruh negara akur macam lembu yang di cucuk hidung menyetujui desakan tolol diatas. Cuba ingat balik, pihak atau kumpulan individu mana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB oleh Muhyiddin Yassin.? Bukannya kerusi Presiden UMNO Malaysia, tapi tubuh badan Najib Razak dan mereka yang bersekongkol yang kebetulan menyandang jawatan Presiden UMNO Malaysia.

Barang diingat Najib dan jawatan Presiden UMNO adalah dua entiti yang jauh berbeza, kerna Najib tanpa UMNO bukannya siapa siapa dan UMNO tanpa rakyat Malaysia tidak ada harga. Kesimpulannya UMNO bukannya milik peribadi tapi milik ahli dan rakyat keseluruhannya yang pro UMNO. Siapapun dari mereka tidak mengira sama ada berjawatan atau tidak mereka berhak mengkritik UMNO, apa lagi kritikan itu khusus pada pemimpin yang akan merosakkan parti. Pada masa yang sama pentadbir atau pemimpin UMNO tidak boleh menghalang mereka, siapa pun dia.

Menganggap teguran sebagai satu kesalahan adalah pendapat mereka yang tidak bertamadun. Tamak tidak bertanggungjawab.

Najib yang duduk di kerusi Presiden UMNO telah dikaitkan dengan penyelewengan dana rakyat menerusi penubuhan 1MDB oleh portal antarabangsa WSJ seperti mana kritikan Muhyiddin Yassin . Tapi sehingga kini tidak WSJ menerima sebarang ancaman perundangan dari pentadbiran 1MDB (bukan UMNO yang tidak berkaitan)

Bererti teguran Muhyiddin Yassin ada kebenarannya dan teguran itu tidak boleh dianggap sebagai satu penderhakaan kepada UMNO, kerna teguran itu ditujukan khusus pada sekumpulan penjenayah yang berselindung di sebalik 1MDB bukannya UMNO.

Tidak logik tu, gara gara kegiatan sekumpulan penjenayah yang berselindung di sebalik 1MDB keahlian UMNO Muhyiddin Yassin pula yang dilucutkan.

Sepatutnya memandangkan UMNO telah lama menjadi parti yang memerintah, sewajarnya lah kematangannya turut bertambah. Ini tidak malah berundur ke belakang. Bertindak atas kehendak individu bukannya untuk mengekalkan keutuhan parti.

(Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, berdasarkan apa yang dibualkan oleh masyarakat politik)

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s