PM Najib Razak Bukan Penyabar. – 40 Tahun.

image

Malaysiakini. Bercakap di majlis memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Najib menjelaskan bahawa keupayaannya untuk meneruskan kerjanya dalam politik mungkin disebabkan oleh sifat kesabarannya.

“Tetapi saya nak bagitau, saya penyabar tetapi ada had juga.

“Jangan fikir boleh buat sesuka hati. Jangan fikir saya tak akan bertindak kalau melampaui batas,” katanya di majlis itu anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87).

Najib menegaskan bahawa apabila beliau bertindak, “ia mestilah berdasarkan kepada fakta, parti dan kerajaan”.

Sementara itu, Najib berkata kalau hendak menegur, ada tempat dan caranya untuk berbuat demikian.

“Jangan tegur merosakkan parti. Dah lah cukup dengan musuh di luar.

“Jangan pula ada musuh dalam selimut, musuh dalam seluar lagi teruk,” katanya.

Najib juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah cuba untuk “menjatuhkan” sesiapa semasa pemilihan parti.

“Bila ada kekosongan baru tawarkan diri untuk bertanding.”

Najib juga berkata bahawa beliau tidak pernah membeli undi untuk mendapatkan sokongan ahli parti.

“Kalau tak percaya, tanyalah (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau adalah setiausaha politik saya pada tahun 1986,” kata Najib.

Mengambil contoh pemilihan parti pada tahun 1993, Najib berkata terdapat mereka dari pasukan Wawasan yang cuba untuk berbuat demikian dan pada hari ini cuba menunjukkan “moral yang tinggi”.

Katanya, beliau diberitahu oleh Allahyarham Datuk Jamaluddin Jarjis mengenai apa yang berlaku.

“Saya punya jawapan, Allahyarham Tun Abdul Razak bina parti Umno, saya takkan jadi anak yang merosakkan parti,” katanya.

Team Wawasan diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi jawatan timbalan presiden tanpa bertanding.

Pasukan itu juga terdiri daripada Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Ketiga-tiga mereka kemudiannya memenangi jawatan naib presiden parti.

1. Maaf apa sebenarnya yang mahu di sampaikan oleh PM Najib Razak, ingin menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang bermoral orang lain tidak sebab pernah membeli undi di pemilihan UMNO 1993, bererti mereka tidak bermoral. Walaupun perkara itu sudah berdekad lamanya.?

2. Bagaimana dengan skandal 1MDB yang akan membinasakan UMNO. Angkara siapa, siapa yang patut dipertanggungjawabkan.?

3. Di pemilihan UMNO 1993 , Zahid Hamidi dan Hissamuddin juga turut terlibat membeli undi. Sebab mereka berada dalam kumpulan Wawasan dimana PM Najib Razak juga ahli pada kumpulan itu. (Tak kan hanya PM Najib Razak yang terkecuali)

4. Siapa yang bertanggungjawab menjatuhkan Pak Lah.? Selain PM Najib Razak, beliau yang mengarahkan Muhyiddin Yassin agar mengeluarkan kenyataan dari Singapura supaya Pak Lah meletakkan jawatan dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

5. Ketika PM Najib Razak yang mengetuai gerakan menjatuhkan atau menggulingkan Perdana Menteri, Pak Lah. Semua pemimpin utama, seperti Muhyiddin, Hismuddidn dan Shafie berada di pertemuan. Mereka berbincang bagaimana cara untuk menjatuhkan Pak Lah. Jadi politik bersih apakah yang telah di lalui oleh PM Najib Razak.?

6. Berkaitan apa yang disentuh oleh PM Najib Razak dalam ucapannya. Sebagai teguran terbuka yang akan merosakkan UMNO. Admin mahu tanya sebelum pergolakan dalaman UMNO memuncak berkaitan 1MDB. Tidak ada kah perbincangan sulit yang diatur di antara Muhyiddin, Shafie dan PM Najib Razak.? Jawabnya ada, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan sebagai saksi pertemuan di antara Muhyiddin dan PM Najib Razak. Tapi PM Najib Razak tidak mengakui kesilapannya.

7. Jangan PM Najib Razak ingat hanya beliau ada tahap kesabaran. Rakyat jelata juga ada, rakyat sudah muak dengan permainan politik yang jelas hanya cuba untuk menyelamatkan pelaku skandal 1MDB. Habis dipancung individu yang menentang kebatilan di gugurkan dari jawatan mereka. Ini bukan tindakan bermoral dari pemimpin yang penyabar. Tapi sebaliknya PM Najib Razak bukan pemimpin yang penyayang atau penyabar. Akhirnya pemimpin apa gamaknya yang tinggal di dalam UMNO. Mampu kah mereka mengekalkan sokongan masyarakat dalam situasi yang semakin memburuk.?

7. Jangan juga PM Najib Razak dan penyokong tegarnya lupa. Dalam usaha menutup kelemahan berkaitan 1MDB. Masyarakat antarabangsa sudah hilang kepercayaan pada kepimpinan negara. Jadi cuba berfikir barang sejenak, mampu kah kita mengenepikan dakwaan mereka keatas dana 1MDB.? Untuk makluman, negara Arab Saudi sedang dalam perhatian Amerika untuk dibinasakan. Takat, Malaysia.?

8. Admin cukup yakin kalau benar penentang 1MDB di pihak yang salah, sudah lama mereka di ganyang. Hakikatnya pro 1MDB sudah kantoi terpaksa bersikap budiman dalam paksa.

9. Sehingga kini WSJ tidak runsing dengan pendedahan mereka. Malah mencabar supaya mereka dikenakan tindakan undang undang. Sebab itulah pentadbiran PM Najib Razak tidak boleh marah pada ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang  mempersoal 1MDB. Sebaliknya WSJ yang patut menerima kemarahan 1MDB.? Barulah namanya berjiwa kental dan benar.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s