Hak Menghancurkan Negara? – Salleh Said

image

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat negara ini bebas untuk berbeza pandangan tetapi tidak bebas untuk mengutuk dan menghina pemimpin serta institusi pentadbiran negara.

“Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, bebas memberi ruang untuk rakyatnya berbeza pendapat tetapi kita tidak boleh bebas menghina dan mengutuk pemimpin serta institusi Perdana Menteri (pentadbiran negara).

“Demokrasi meraikan perbezaan pandangan tetapi tindakan menghina dan memfitnah bukan budaya dan amalan masyarakat di negara ini,” katanya

Admin tidak faham, apa maksud Salleh Said, hak menghancurkan negara.

Siapa yang menghancurkan negara.?

Selangor dan Pulau Pinang diperintah oleh pembangkang, tidak hancur pun. Malah kalau menurut masyarakat Selangor, mereka selesa dengan pentadbiran PKR. Terbukti sudah dua penggal mereka mengundi pembangkang.

Kenyataan Salleh Said lebih kepada perumpamaan, takut dengan bayang bayang, takut kehilangan jawatan. Beliau kena ingat tidak pernah berlaku perang di dunia ini tanpa terlebih dahulu melalui proses toleransi.

Sebelum Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dilucutkan dari jawatan masing masing. Telah berlaku pergolakan kecil antara dua pemimpin ini dan PM Najib, serta Tengku Adnan yang pada ketika berada di luar pengetahuan penyokong masing-masing. Tapi persoalan yang ditimbulkan oleh Muhyiddin dan Shafie tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

PM Najib Razak buat tidak tahu, sehinggalah skandal 1MDB  diambil kesempatan oleh Menteri kaki bodek, sebab itulah ada kita mendengar alasan alasan mereka yang tidak masuk akal. Kononnya dana 2.6 bilion adalah untuk keperluan parti UMNO khususnya di pilihanraya, pada waktu yang sama mereka tidak pun menimbulkan sumber dari mana datangnya derma berkenaan, bererti mereka akur dana itu datang dari syarikat 1MDB.

Selepas dari itulah masyarakat tidak berpuashati, pelbagai kritikan pedas yang kita dengar. Terutamanya selepas AG Gani Patail dilucutkan diganti dengan AG Apandi. Kerna masyarakat sudah nampak, permainan pemimpin utama UMNO untuk menyelamatkan 1MDB dan mereka yang terbabit di dalam skandal.

Adakah dengan mempersoal kebobrokan diatas, rakyat telah dianggap menyalahkan gunakan hak mereka bagi kononnya menghancurkan negara.? Tolong lah, macam akal budak budak.

Benar kata Shafie Apdal hanya kerana ingin menegakkan benang yang basah, kebijaksanaan rakyat sengaja diperkecilkan.

Salleh Said Tidak Pandai Membezakan Hak Di Dalam Demokrasi.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s