Amaran Muhyiddin Terhadap Setiausaha Agung UMNO

image

FMT. Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Majlis Tertinggi (MT) agar jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.

Katanya, beliau tidak takut dikenakan tindakan tindakan kerana menyuarakan kebenaran tetapi mestilah dibuktikan beliau telah melakukan kesalahan dan melanggar Perlembagaan parti.

“Saya nak cakap terus terang dia (Setiausaha Agung ) dah ugut saya macam-macam dengan bukti-bukti mahu singkirkan saya, untuk buang saya. Saya tak takut.

“Saya nak ingatkan Setiausaha Agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan Perlembagaan,” kata Timbalan Presiden UMNO itu.

Itu diatas  amaran keras untuk Setiausaha Agung UMNO yang kita tahu, pemangkin kepada pergolakan dalaman UMNO. Tukang cucuk.

Sewajarnya sejak dari awal Tengku Adnan kenalah sedar diri seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, Shafie Apdal, jawatan Setiausaha Agung UMNO dilantik bukannya di undi seperti mereka.

Kalau dilantik atas kapasiti politik, siapapun berkelayakan. Ingat tu, pemimpin yang dipinggirkan mampu memperkasakan UMNO berbanding Tengku Adnan, layak jadi kakitangan saja bukannya orang politik. Ada tidak ada dalam UMNO, UMNO tetap begitu. Hemmm

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s