Soalan Untuk Salleh Said, Berkenaan 2.6 Bilion

image

Malaysiakini: The Wall Street Journal (WSJ) menghina institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri apabila mendakwa derma RM2.6 bilion datangnya daripada pellbagai syarikat berkaitan 1MDB, bukannya sumbangan keluarga Diraja Arab Saudi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia seharusnya lebih percaya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara di bawah institusi Perdana Menteri yang telah menyatakan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada salah laku.

“Kenapa kita tak percaya institusi Peguam Negara dan SPRM yang bebas jalankan siasatan sejak dulu lagi. Sedang institusi inilah yang banyak membantu kita dalam penyiasatan.

“Jika kita tak percaya institusi ini bermakna kita telah memperlekeh negara. Kita tidak boleh menghina institusi PM (Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita di Hotel Royale Chulan, hari ini.

Beliau mengulas lanjut mengenai dakwaan pengarang kewangan WSJ, Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia yang berkata derma itu itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.

Admin tidak faham, apa yang diperkatakan oleh Salleh Said. Tuduhan WSJ menghina SPRM dan AG.?

Ada persoalan yang menjadi tanda tanya, sebelum ada yang percaya pada kenyataan Salleh Said diatas.

Pertama, apa kepentingan WSJ pada Malaysia.?

Kedua, kenapa WSJ tidak menerima ancaman perundangan dari Malaysia.?

Ketiga, yang bertanggungjawab keatas penyiasatan 1MDB aka 2.6 bilion ialah PAC bukannya SPRM. Kenapa pula diberikan kepercayaan.?

Keempat, selain WSJ, Riyadh juga mempersoal sumber dana 2.6 bilion bukannya derma kenapa Menteri Luar Arab Saudi, Riyadh tidak diambil tindakan.?

Kelima, kenapa dana dari baki 2.6 bilion dibekukan. Tak kan dibekukan saja saja kalau tidak ada masalah.?

Keenam, kenapa AG Switzerland campurtangan menolak keputusan AG terhadap kewujudan dana 2.6 bilion dan siasatan keatas 2.6 bilion belum berjalan.?

Ketujuh, paling penting tolong tunjukkan bukti sahih transaksi 2.6 bilion. Dedahkan kepada umum. Macam kes Anwar atas tuduhan liwat ketika dibicarakan semua bukti dikemukakan termasuklah seluar dalam.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s