Henti Pasang Bendera BN Yang Diterbalikkan-Polis

image

Pihak Polis di negeri Kedah menggesa agar aktiviti memasang bendera BN yang diterbalikkan dihentikan serta merta. Sebab didakwa akan mengancam ketenteraan awam.?

Arahan juga telah dikeluarkan pada semua Majlis Daerah (PBT) untuk mencabut bendera BN yang diterbalikkan.

Pada admin kan, biarkan saja lah, ini masalah dalaman parti. Tidak sampai sekelumit ahli UMNO yang terbabit dari 3 juta ahli UMNO berbanding 30 juta penduduk Malaysia yang menentukan kemenangan parti yang bertanding. Apa mahu takut, kan sebelum ini perasaan kuat.?

Bukan perhimpunan besar dan haram pun. Hanya kegiatan kecil akibat rasa tidak puas hati penyokong Mukhriz Mahathir yang bertanggungjawab keatas BN pada PRU yang lepas tapi digugurkan. Itu saja, tak kan itupun tidak boleh. Ingat nilai undi kemenangan tidak mencecah jutaan ringgit kah.?

Ini lah kita ni. Sikit sikit di sekat. Beri peluang pada Menteri Besar Kedah yang baharu tampil menyelesaikannya secara politik. Kita tengok sejauh mana kemampuannya. Selagi tidak bertemu titik penyelesaian, jangan berhenti dari memasang bendera “payung terjun”.

Jangan hanya pandai membuat onar tapi bila timbul masalah, pihak polis yang dijadikan senjata.

Begitu juga dengan CyberTrooper Tiong yang kuat mengadu domba pemimpin pemimpin UMNO tidak mampu mengubah persepsi ahli UMNO yang kecewa kah.?

Jangan berumah di tepi pantai kalau takut di lambung ombak. Alahai, Ahmad Bashah belum apa apa sudah hilang arah.

Kihampau Tohoh

One thought on “Henti Pasang Bendera BN Yang Diterbalikkan-Polis

Leave a comment