Anuar Musa Dan Raja Petra 2 X 5.

Anuar Musa Dan Raja Petra 2 X 5.

image

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung entri terbaharu yang dibuat di blognya baru-baru ini.

Menurut Annuar, muatnaik posting Mahathir bertajuk “AG to AG” (peguam negara kepada peguam negara) bertarikh 3 Februari itu bersifat menghasut.

“Sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas mengenai undang-undang Malaysia akan tahu posting itu bersifat menghasut.

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut. ‎Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar. Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati?

‎Dalam tulisan blog bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir mendakwa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak akan mendakwa perdana menteri dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

Hello kawan. Jangan persoalkan kenyataan politik dari ahli politik apa lagi individu yang berstatus negarawan. Apa yang dilakukan oleh Dr M adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia.

Apa lah ertinya hujah di dalam politik, kalau tidak mampu membawa perubahan atau kebenaran. Jangan bila berbeza semua pendapat lawan dianggap fitnah atau menghasut. Sikap politik seperti ini tidak akan menguntungkan rakyat. Percayalah.

Jangan ada yang risau atau terkilan sebab akhirnya yang menentukan kenyataan Dr M diatas sama ada menghasut atau sebaliknya ialah masyarakat yang menentukan kemenangan parti yang bertanding.

Masyarakat tahu berkenaan 2.6 bilion dan dana 42 juta dari SRC. Sehingga kini pentadbiran 1MDB tidak berani membuat writ saman terhadap WSJ dan Sarawak Report.

Begitu juga dengan penafian tegas dari Kementerian luar Arab Saudi, Riyadh menafikan dana 2.6 bilion adalah derma seperti yang di canang oleh pelaku. Bererti tidak salah masyarakat berprasangka buruk sampai bila pun.

Sebaiknya Anuar Musa bercakap secara ilmiah melihat skandal 2.6 bilion secara adil, bukannya dari sudut pandang politik semata-mata. Memandang beliau di pihak pemerintah yang bertanggungjawab keatas harta rakyat. Seperti mana Dr M, Muhyiddin dan Shafie.

Jangan macam Raja Petra, mengarut. Kononnya sebab utama Dr M mempersoal kredibiliti AG Apandi adalah untuk mengalihkan isu. Supaya apa bila Mokhzani di dakwa oleh AG Apandi, maka rakyat akan melihat AG Apandi telah dipasang oleh PM Najib Razak untuk mengenakan Dr M.

Walhal selama ini, Raja Petra lah yang selalu menukar watak seseorang. Tahyul. Hemmm.

Bukan rakyat tidak maklum hubungan politik antara AG Apandi dan PM Najib Razak. Kalau bukan kerana skandal 2.6 atau 1MDB tidak Peguam Apandi merasa jawatan peguam negara.

Mohon pencerahan.?

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s