Penyebar Kebenaran, Penjara Seumur Hidup – AG Apandi

image

Malaysiakini. Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.

Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.

Hukuman apapun, kalau penguatkuasaan itu hanya laku pada kumpulan tertentu. Percayalah boleh Allah membalikkan seisinya bumi ini.

AG Apandi duduk sebagai penjawat awam tapi bercakap atas kepentingannya di dalam UMNO. Memandangkan sejak kebelakangan ada banyak penyelewengan yang membabitkan pemimpin pemimpin UMNO tertentu hasil maklumat orang ramai yang prihatin. Seperti mana pendedahan skandal 1MDB, Tabung Haji dan Ypeim.

Kita masyarakat penulis amat risau dengan perkembangan ini. Seolah olah Malaysia bukannya negara Islam yang tidak menyanjung kebenaran.

Sebagai penulis pada Blog ini, admin ada kemusykilan yang mungkin patut diberikan perhatian, ekoran sekatan terhadap Blog sebelum ini  Kihampautohoh123456.wordpress.com

Walaubagaimanapun pada admin, menyekat adalah hak pemerintah tidak boleh kita terlalu marah. Admin faham, untuk mempertahankan kekuasaan serba sikit penguatkuasaan yang cukup tegas harus digunakan. Tapi bab usaha menggubal undang undang baharu hingga mengenakan hukuman penjara seumur hidup. Ini tidak betul, keterlaluan bakal membinasakan generasi masa depan.

Bukan kah negara ini milik mereka, negara ini hanyalah dipinjamkan oleh generasi mendatang.?

Apa bezanya dengan tindakan pemerintah terhadap pemimpin malang yang mereka mahu singkirkan.

Pemimpin malang akan dipanggil menghadap dan file file yang merekodkan salah lakunya sepanjang berkhidmat akan didedahkan. Selepas itu diberi kata dua, berundur atau akan berhadapan dengan tindakan undang undang.

Maksud admin, adakah tindakan kerajaan dengan membocorkan file salah laku satu satu pemimpin atau individu tidak menyalahi undang undang. Kenapa hanya kerajaan UMNO yang dibenarkan.?

Adakah pemerintah begitu sempurna, melebihi para wali yang zuhud. Tidak melakukan kesilapan jauh sekali kesalahan.?

Dari satu sudut, diandaikan tampuk pemerintahan berpindah tangan, lalu undang undang mengekang tadi pula di praktikkan. Tidak kah negara ini akan terus binasa.

Ingat ini Malaysia bukannya milik pemimpin tertentu atau UMNO yang boleh hidup selama lamanya atau UMNO terus diminati ramai.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s