Membidas Tulisan Ketua Bahagian UMNO Subang.

Artikel membidas tulisan Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang

Rujukan disini http://umnosubang.com.my/2016/02/03/keindahan-dan-keagungan-islam-yang-dinafikan/

Jangan jentera totok UMNO Zein Isma mengaitkan atau membandingkan semua tindakan UMNO dengan sunah para khalifah atau Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin.

Yang bertujuan menghalalkan tindakan pentadbiran UMNO terhadap pemimpin bawahannya, termasuklah keatas Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz Mahathir yang digugurkan dari jawatan masing masing.

Menurut jentera totok UMNO yang berasal dari negeri pembangkang itu. Di dalan Islam ada adab ketika menegur pemimpin :-

“Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang terangan, tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatilah)…”(3). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling utama dalam menasihati seorang pemimpin dan tindakan selain dari dalil ini akan menjurus kepada kemurkaan ALLAH dan terkeluar dari aliran Ahlus Sunnah Waljamaah.

Benar lah apa yang ditulis oleh Ketua Bahagian berkenaan.

Tapi adakah sebelum ini Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz (Dr M) tidak beradab semasa mula mula menegur salah laku Presiden UMNO.?

Admin dikhabarkan, sebelum Muhyiddin dan Shafie bercakap secara terbuka berkaitan skandal 1MDB. Mereka telah membuat pertemuan secara empat mata dengan PM Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan atau jawapan tapi Presiden UMNO buat tidak kisah.

Apa kah tindakan Muhyiddin dan Shafie itu tidak menurut apa yang dikehendaki oleh junjungan Nabi Muhammad.?

Cukup cukuplah memperalatkan agama tu. Jangan semua kejahatan di spin. Sedang hakikatnya rakyat juga yang akan menerima bahananya.

Terbukti kegiatan jenayah semakin teruk. Syabu berada dimana mana. Apa bagi mencegah kegiatan ini tidak berada dalam tanggungjawab parti yang memerintah.? Apa kamu ingat politik hanya berkisar soal kepimpinan yang mesti dipertahankan.?

Dan masyarakat tidak tahu menahu pasal politik.?

Bagaimana dengan adab penulis berstatus Ketua Bahagian UMNO Subang, Selangor. Tinggal di negeri yang diperintah oleh pembangkang. Wajarkah dia menafikan atau menderhaka pada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Adakah dia beradab.? 😉

Tiba masanya, berpolitik era ini harus cakap serupa bikin.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s