Pembalakan Haram Sabah, Ketua Menteri Mesti Bertanggungjawab

Selepas Hamid Bador tampil dengan kenyataannya yang cukup berani. Mengkritik pedas kredibiliti AG Apandi, yang bertanggungjawab membersihkan PM Najib Razak dari dakwaan penyelewengan wang rakyat menerusi 1MDB. Walhal AG Switzerland mengatakan sebaliknya.

Kerana kenyataan yang pedas itu Hamid Bador sanggup meringkuk dalam penjara kalau dirinya di anggap salah.

Seperti biasa Bloggers Pro PM Najib Razak, Raja Petra tampil dengan tulisan retoriknya. Menukar karakter yang terbabit, menjadi individu yang bergelumang dengan rasuah atau kejahatan yang melampau dengan harapan akan individu berkenaan tidak lagi mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Sedang tanpa mereka sedari Raja Petra membuka pekung di dada. Dibawah ini sebahagian dari artikel yang bertujuan memburukkan Hamid Bador :-

image

“Sebenarnya Hamid berada dalam senarai gaji jutawan balak Cina dari Tawau, Sabah yang bernama Elbert Lim. Elbert ini terkenal di Sabah sebagai kaki curi balak. Beliau mencuri balak dari hutan simpan.

Semua orang di Sabah tahu mengenainya. Tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap beliau. Mengapa begitu? Jawapannya sudah cukup jelas. Elbert mempunyai semua pegawai polis dan SPRM dalam senarai gajinya. Jadi, beliau boleh mencuri balak sewenang-wenangnya dari hutan simpan Sabah dan tiada apa yang akan dilakukan.

Mengapa anda rasa Sarawak Report selama ini menyebut semua kes, tetapi tidak pernah menyebut tentang kes ini? Anda tidak perlu menjadi bijak pandai untuk menjawabnya”

Terbukti benar dakwaan pembangkang berhubung pembalakan haram di negeri Sabah tapi dilindungi oleh pihak yang bertanggungjawab. Termasuklah pihak Polis dan SPRM.?

Kalau admin tidak silap, pernah pegawai tertinggi SPRM bersama Ketua Menteri Sabah muncul di kaca Tv, media perdana. Menafikan sekeras kerasnya bahawa tiada pembalakan haram di negeri Sabah. Nah, sekarang apa yang jadi.?

Ketua Menteri Sabah, Musa Aman harus tampil bagi menafikan tuduhan ini.?

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s