Lokman Adam, Semakin Lupa Diri

Apa Lokman Adam, semakin lupa diri ni. Cuba baca sampai habis petikan penuh dari satu portal berita. Berkenaan Mukhriz yang diremehkan.

Selepas itu turun padang lah oii.

image

“PETALING JAYA : Bakal Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebenarnya bukan hanya mempunyai Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tetapi juga lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata, serangan jentera siber bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menyerang taraf pendidikan Ahmad Bashah turut ‘menggelikan’ hatinya.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kluang itu berkata, jentera siber Mukhriz sepatutnya sedar bahawa tindakan itu mengaibkan ‘bos’ mereka sendiri.

“Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.

“Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau mempunyai ijazah atau Phd, lagilah Mukhriz jauh ketinggalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lokman, fitnah jentera siber Mukhriz hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah dan ia turut boleh mengundang serangan balas ke atas bekas Menter Besar itu.

“Walaupun seorang anak Perdana Menteri (ketika itu) yang hidup dengan kemewahan dan lengkap segala-galanya, Mukhriz bukanlah cemerlang sangat dalam pelajaran. Mukhriz bukan hanya malas balik kawasan, masa belajar dahulupun beliau bukanlah rajin sangat.

Walaupun belajar di MRSM, SPM beliau hanya Pangkat 2. Berapa kerat sahaja pelajar MRSM yang gagal cemerlang macam beliau. Selepas itu Tun Mahathir hantar beliau belajar di Jepun dengan biaya sendiri.

“Itupun tak habis, hanya dua tahun, kemudian Tun Mahathir hantar beliau sambung belajar di US, barulah beliau dapat ijazah di sana.

“MRSM ada program American Top University (ATU) dan British Top University (BTU) sahaja. Jika gagal dapat ke ATU atau BTU mereka akan dihantar ke Universiti di negara lain. Mana ada lepasan MRSM sambung belajar ke Jepun zaman tu,” katanya.

Beliau berkata, jentera siber Mukhriz sepatutnya memahami bahawa dalam politik, kelulusan akademik bukan penentu kejayaan seseorang mentadbir sesebuah negeri atau badan perhubungan negeri dengan baik.

“Dalam politik, seorang yang ada Phd seperti Sanusi Junid (Tan Sri) pun gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung.

“Malah seorang doktor perubatan yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun juga pernah gagal untuk meraih sokongan ahli bahagiannya untuk menang G7,” jelasnya”

Dia datang berteduh dibawah UMNO, selepas UMNO diperjuangkan oleh ramai ahli UMNO, pun begitu sehingga kini masih ramai pejuang UMNO yang merempat.

Berbanding Lokman Adam. Mulanya penentang tegar UMNO tapi sekarang, terlebih sudah.

Betul lah dia ni, betul betul mengambil kesempatan. Panjang sangat dia punya lidah bagi menjilat.

Ahli UMNO, telur di jentik pun tetap diam.? Turun padang lah oi. Kamu orang dari kulit sampai ke tulang sumsum milik orang lain. Alahai

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s