PM Najib Razak Menteri Kewangan Paling Teruk Di Asia

Admin pernah sebutkan sebelum ini konflik atau skandal 1MDB hanya akan selesai bila masyarakat antarabangsa turut sama di dalam penyiasatan.

Admin juga sebutkan  rakyat Malaysia jenis yang tidak kisah dengan angka. Selagi angka itu tidak nyata di depan mata dan ada harapan menjadi milik mereka (tidak semua tapi ada)

Bererti setakat momokkan marah rakyat Malaysia, tidak akan mampu menyelesaikan masalah. Rela pemerintah yang terpalit mengorbankan Kedah dan Perak  serta mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang menjadi milik lawan. Adapun pokok persoalan atau skandal yang merugikan tadi, akan terus dipertahankan. Ditutup diatas, terlondeh di belakang.

Perkembangan ini amat negatif, besar kemungkinannya aktor ekonomi dunia akan bertindak bagi memburukkan lagi ekonomi negara. Maklum masyarakat kelas pertama itu amat kisah dengan keintegritian. Walaupun suka mengajar secara paksa.

Pada mereka demokrasi bukan hanya dari konteks politik, menang atau kalah semata-mata tapi lebih daripada itu. Demokrasi juga berkaitan soal hak, hak rakyat dalam ekonomi dan keintelektualan. Demokrasi sangat berkait rapat dengan hak asasi manusia. Jadi jangan hairan, sejak kebelakangan ini portal antarabangsa sudah mula merendahkan kedaulatan Malaysia.

Kita tegaskan sebelum ini, biar berjiwa besar. Hadapi persoalan dengan penuh keberanian. Soal rakyat menerimanya atau tidak itu  hak mereka. Apa lagi sebelum ini, skandal 1MDB masih di tahap terkawal dan pentadbir UMNO sedar bahawa apa pun yang berlaku, UMNO tetap menjadi pilihan Melayu. Tapi sekarang, keyakinan admin agak berkurangan.

Hari ini portal FinanceAsia menyebut bahawa PM Najib Razak adalah Menteri Kewangan yang paling teruk di Asia. Apabila portal yang berpangkalan di Hong Kong itu merujuk pada pergolakan skandal 1MDB dan pembersihan yang dibuat AG Apandi. Ekoran kenyataan ini dijangka Malaysia akan berhadapan dengan pelbagai halangan ekonomi.

image

Majalah itu menyatakan bahawa pada suku ketiga 2015, pelabur asing telah menarik balik kira-kira RM24.5 bilion (S $ 8290000000) dari Malaysia, manakala ringgit merosot kepada paras terendah sejak tahun 1997.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s